Skip to main content

bebel.

Tulis = cakap 
Mudah sahaja sebenarnya untuk menulis. Sediakan pen dak kertas, kemudian terus sahaja menulis. Paling tidak buka laptop, mulalah menaip. Sebagaimana mudahnya untuk bercakap, begitulah juga menulis.

Namun hakikatnya, tulisan ibarat lidah. Terlajak tulis sesuatu yang meninggalkan luka di hati seseorang, manakan bisa diundur kata-kata itu. Ada kalimah yang dirasakan hanya lelucon atau main-main, namun serius bagi insan lain. Jika kita boleh terasa hati dengan kata-kata, begitulah juga kita boleh terasa hati dengan penulisan orang. Sesungguhnya benarlah bukan hanya lidah menjadi alat komunikasi namun seluruh anggota badan.

Paling payah untuk orang menerka mimik muka aku rasanya. Ketika dalam kesedihan, wajahku boleh sinis, namun dalam senyum, boleh jadi hati itu sedang menangis dan sedang menahan rasa. Kagum aku dengan mereka yang sentiasa mampu tersenyum sepanjang masa. Melalui kehidupan dengan senyum yang senantiasa meniti bibir dalam senang dan payah adalah satu anugerah daripada Allah. Apakan tidak, sampai sekarang aku masih belajar untuk senyum. :)

Wajahku bukanlah manis atau seperti wajah-wajah yang tersimbah nur pada muka mereka. Senyuman yang sentiasa membuatkan orang lain senang dengan kehadiran kita. Keruh, Perkataan yang sesuai menterjemah wajah aku. Tidak setenang air di kali. Malah, bisa membuatkan yang sedang gembira atau tenang goyah dengan melihat gelojak pada wajah ini.

Benar.

Indah sangat wajah sesiapa sahaja dala senyuman. Ya Allah... Damaikanlah wajah mereka dengan senyuman. Lapangkan dada mereka dengan ketenangan. isikan hati-hati mereka dengan kebaikan... Sibukkan mereka dengan hal kebajikan, Usah dibiar seperti aku yang hanya suka berselindung di balik selimut dan bercakap menulis seorang ini. Sesungguhnya ini hanya kerja si pengecut, bukan sang pemberani. Untung sangat mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.

Suka aku membaca tulisan-tulisan mereka. Senang aku mendengar bicara mereka penuh dengan agenda pembaikan ummah. Sedang aku, kadang masih bercerita artis itu ini, cerita itu ini....

Ya Allah.... Damaikanlah semua sahabatku dalam ketenangan....

Alhamdulillah. menulis yang tergerak di jari. no topic.
17 Mei 2011@Qamar Jamilah@0118

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...