Perempuan itu aku temui dalam lembaran hari-hariku. Lalu, dia bercerita tentang sebuah kesedihan yang dia alami suatu hari yang sepatutnya dia gembira. Majlis perkahwinan kakaknya yang sepatutnya bersama senyuman penuh di bibir telah dia rosakkan dengan hujan air mata yang tidak berhenti mahu mencurah di wajah.
Bukan permintaan dia untuk merosakkan majlis itu. Dia sendiri tidak faham. Air mata akan menuruni pipi setiap kali dia mahu berkata-kata. Akhirnya dia diam. Membisu dan melarikan diri ke tingkat atas rumah. Dia ringgalkan saudara-mara dan ahli keluarga yang masih di bawah.
Bukan kehendak dia air mata itu mengalir. Semakin dia berada dalam keramaian, semakin deras air mata melaju. Lalu, bagaimana untuk dia terus berada di situ. Tersembam dia di katil, sampai terlena. Hanya itu yang boleh menghentikan tangisan.
Kepada mereka, dia memohon maaf merosakkan suasana. Sesungguhnya dia tiada alasan mengapa itu terjadi hari itu. Bukan kehendak dia. Perasaan itu datang tanpa terkawal. Air mata tidak mahu terhenti sendiri. Tiga hari. Setiap kali mahu membuka mulut, air mata tidak tertahan untuk turut menyertai.
Akhirnya, dalam kekalutan, dia kembali ke dunia itu terlebih awal. Sepatutnya dia belum kembali dan membantu mana yang patut. Namun tidak tahan lagi. Rasa itu sakit bagi dia. Sakit yang melihat. Sakit yang melaluinya...
Kalian, maafkanlah dia... seorang yang tidak pandai berada dalam ramai dan bergaul. Dalam gembira sering dia yang menjadi perosak.
Wassalam.
ITD, IIUM.
2.26p.m/23.5.2011

Comments