Skip to main content

.sharing is caring.

SEMALU...
Fatimah berkata kepada bapanya apa guna pohon semalu ini. Lalu Rasulullah berkata kepada anaknya bahawa pohon semalu berkait rapat denga wanita. Para wanita harus mengambil pengajaran daripada pohon semalu daripada 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh, ini diibaratkan wanita perlu mempunyai perasaan malu. (malu pada tempatnya) Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan dirinya dan maruah sebagai muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Rabbul Jalil Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumah apabila waktu senja menjelang. Ambillah pelajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Teruja aku pd kata2 imam al-Ghazali yang mulia, ukhuwah itu bukan pada indahnya peretmuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya, ku harap agar mekar di hati, agar persahabatan suci ini, kan terus mantap, menjadi indah dipintu jannah! Ukhuwah fillah abadan abada

ALLAH tidak menjanjikan hari-hari kita berlalu tanpa sakit, bergelak ketawa tanpa kesedihan dan bersenang lenang tanpa kesulitan, tetapi ALLAH menjanjikan kekuatan & ketenangan hati untuk menghadapinya. sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati akn menjadi tenang.. ;> -dun wory, Umy senang sangat bersahabat denganJamilah.

Jamilah, kerja kita sebagai hamba-Nya adalah berusaha yang terbaik dalam semua hal, dan yang selebih biar DIA yang atur dan bagi.. Sebab semua benda milik-Nya.. Mesti Dia tahu yang terbaik untuk  hamba-Nya. Tanpa bersabar SATU saat, kita sudah merungut. -Kak Husni. 
Qamar Jamilah/ SMS teman-teman/ 0422am


Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...