L.o.v.e |
Ingin aku menukil sesuatu yang bersarang dalam fikiran. Tentang ceritera cinta yang ada dalam setiap insan normal. Perasaan cinta anugerah Ilahi buat setiap kita. Ke manakah kita lorongkan rasa cinta itu? Ke jalan yang benar atau membiarkan syaitan menguasai?
(MAAF, INI TULISAN YANG TIADA HALUAN DAN BERCAMPUR-CAMPUR.)
Jujur, aku takut pada cinta sebelum pernikahan. Aku teringat beberapa pesan yang pernah aku terbaca dan menjengah telinga: untuk menghasilkan zuriat yang terbaik, perlulah cari pasangan yang terbaik. Pembentukan zuriat solehah qurratun a'yun tidak bermula setelah kita mendapat anak, namun bagaimana pasangan kita peroleh?
Perhubungan yang halal?
Atau kita sudah calarkan perhubungan yang belum sah dengan perbuatan yang tidak sewajarnya. Perlu pukul rata tidak kira kepada siapa. Malah diri sendiri juga. kalau mahu dan inginkan hubungan yang suci, maka diri sendirilah dahulu yang perlu sucikan terlebih dahulu.
Bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki jahat untuk perempuan yang jahat. Bagaimana definisinya? Fikir-fikirkanlah..
Kisah-kisah cinta melankolia dan drama melayu sinonim. Cerita cinta sebelum nikah dan novel popular melayu sinonim. Cuma sekarang banyak yang sudah di'islamik'kan. Suka, aku suka fenomena ini, namun mengapa hari tetap mahu menafikan. Seakan-akan mahu menggalakkan... Entah. Ini hanya apa yang aku rasa.
Dahulu, ketika di sekolah menengah, aku suka mencuri baca novel cinta yang dibeli oleh kakak dan disimpan dalam kotak atas almari supaya aku tidak mencari. Semakin disorok makin aku mencari. Itu lumrah anak muda. Lalu,akulah yang sering hanyut pada kisah cinta yang tidak berkesudahan dan melalaikan itu sampai memberi kesan kepada emosi sendiri.
Bukankah pembacaan yang terbaik membentuk diri yang terbaik?
Sudah masuk bab buku pula...
Inilah hakikat.. Kita disuapkan dengan kisah cinta tiga segi setiap hari... Tunang kena rampas, kahwin dengan orang lain.. Halangan-halangan orang bercinta... kalau dahulu cinta antara dua darjat dan sekarang kalau cerita mesti ada syarikat besar-besar.. Belum lagi ditonton sinetron.. Wah... tidak logik... Cerita korea juga, naun boleh pula melayan dan bazirkan air mata... penuh konflik demi konflik dan masa yang panjang sebelum akhirnya barulah nikah... Astagfirullah...
Sebenarnya sudah jauh aku meninggalkan kebenaran jauh di belakang. Usrah? Hanya ada dalam novel aku... Sudah lama aku tidak berusrah, sudah lama aku tinggalkan dunia itu, sebuah dunia yang kini menjadi sebuah memori dalam lipatan sejarah hidup aku... Ia secebis kenangan yang hanya dapat aku belek dalam lipatan kenangan yang sudah tersimpul. Kekosongan yang tidak aku isi... Kemudiannya ia menjadi lompong yang makin besar.... (perlu mencari kembali)
Kita perlukan tulisan yang membentuk pemuda dan pemudi zaman kini. Melorongkan kaki mereka ke arah cinta yang benar. Perhubungan yang Allah redha. Tulisan memberi satu impak dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Ini sebuah hakikat yang tiada siapa dapat nafikan.
Apa yang kamu baca itulah kamu.
Mereka yang membuat perbezaan akan memberi satu BOOM dalam masyarakat. Sebagaimana aku menyukai tulisan Dr. faisal Tehrani yang sentiasa 'lain' dan tidak boleh dibaca sekali lalu. Kita lihat, tulisan sasterawan dan penulis mapan tidak layu walaupun sudah lama diterbitkan. Mengapa? Mereka punya tulisan yang lain dan tidak hanya bersandar kepada perkataan CINTA.
Aku tidak melarang penulisan tentang cinta. Namun sampai suatu ketika aku jadi trauma dengan kata cinta -antara lelaki dan perempuan- apabila ia dilambakkan depan mata hingga hilang kemanisannya. (walaupun sering aku melayan drama lentok melayu)
Bagaimana kita melihat sesuatu, begitulah yang kita dapat.
Wassalam.
Tulisan bercampur dan semak..
ITD-FE-09/10.30 a.m/ 26.5.2011
*KREDIT GAMBAR: DEVIANTART.COM
Comments