gambar hiasan dan langsung tiada kaitan |
"kamu terkejut kalau aku kata aku nak kahwin sebelum 25?"
Tersembur air yang diminum aku. Seorang budak pemalu yang tidak suka melontarkan suara mengeluarkan sebaris kata yang bagiku seakan lahar gunung berapi.
"Oh, kamu serius?" Belum percaya. Irdina Safiyyah, gadis pemalu a.k.a gadis yang sangat pendiam ini menyatakan sesuatu yang untuk aku ketawa terasa bersalah, untuk tersenyum seperti memerli. Lalu, aku hanya buat wajah biasa.
"Really?" Mengulang tanya sekali lagi.
Irdina sudah berwajah masam. Mungkin marah dengan respon yang aku lontarkan. Tetapi ia menyambung bicara. Seakan tidak peduli apa yang aku lontarkan kepadanya.
"Kiter mahu lelaki yang pandai menulis. Lelaki yang dapat bimbing kiter."
Terdiam aku. Benar-benar seriuskah teman aku nan seorang ini. Pandang wajah Irdina Safiyyah sekali lagi.
Susah untuk percaya. Namun jodoh sudah Allah tentukan. Ia akan datang.
Titik.
***
Baik, itu selingan sebelum aku menconteng. Sengal atau tidak bila aku mulakan pendahuluan begirtu? Sebenarnya hari ini perlu diisi dengan mengedit + menampal + menambah dan mengulit manuskrip yang ditulis, namun satu pagi aku sudah bazirkan dengan belayar di alam mimpi ditambah mimpi yang sudah aku lupakan.
Aku dan usrah. Aku dan orang ramai. Aku dan persatuan. Aku dan ceritera cinta.
Empat subjek yang aku suka dengar orang bicara tentangnya namun aku sentiasa tiada idea dan akan melarikan diri. Aku ingat ada seorang ustaz pernah beritahu, biasakan diri dengan program hingga akhirnya program dan memprogramkan kehidupan anda. Aku? Aku cukup mengelak untuk menyertai sebarang program sekarang. Jika dibilang sebelah tangan tidak cukup untuk mengira program yang sudah aku sertai. Jika dilihat sekalipun aku hanya suka menghadiri program yang aku suka, bukan program yang aku perlu cari. titik.
Aku tidak suka jika orang mengenali aku di dunia realiti. Aku suka berjalan dengan bebas dan tiada orang yang tahu. Salahkan prinsip aku? Manusia diciptakan untuk saling mengenali? Kehidupan ini sangat singkat dan perlu dinikmati. Lalu, banyak perkara yang aku terlepas dan banyak ilmu yang aku tidak dapat kerana sikapku yang satu ini. Aku suka orang tidak tahu aku. Orang langsung tidak kenal aku.
Usrah sangat perlu dalam kehidupan. Sebagaimana kita perlukan keluarga untuk meneruskan hidup. Macam kita perlu ada kawan supaya tidak nanti gila sendiri. Apabila sendiri, syaitan senang mendekati. Emosi akan tidak stabil dan selalu terjadi kejadian tidak baik kerana hidup bersendiri. Allah ciptakan kita untuk saling mengenali kan? Tetapi, aku manusia yang sombong dan tidak suka mengenali. Aku suka memerhati, namun aku takut untuk 'masuk ke dalam'. Aku takut dengan diri sendiri mungkin?
Beruntunglah buat yang berada dalam kalangan mereka yang berusrah. Mengenali banyak kepala menyediakan banyak kisah. Usah bersendiri macam aku. Jangan sombong untuk mengenali macam aku. Nanti rugi sebba hidup ini tidak lama. Aku terasa teruk hingga aku malu untuk 'masuk dengan orang.'
Sebab aku tahu dunia penuh dnegan orang yang baik. Sepatutnya aku mendekati orang yang baik, kan?
Nanti aku akan keluar sebagai orang yang rugi...
Bila aku mati, Allah tanya, apa kamu habiskan dengan usia remajamu?
Entah apa dapat aku jawab...
aku hanya suka online..
aku tak suka tolong orang.
aku pentingkan diri.
aku sombong.
aku tidak mesra alam.
sudah cukup aku merapu petang ini. Dapatkan mood untuk mengedit pula.
ITD-FE-06, IIUM
Comments