- Ummu Hani, āpenulis perlu selalu muhasabah.ā Apakah yang mahu ditulis?
- kak Nisah Haron, ākita menulis kerana kesedaran bukan kerana institusi.ā Berapa ramai yang belajar penulisan kreatif namun tidak menulis. (insaf saya...) & āJika kamu tiada apa untuk dicakap, jangan bercakap.ā
- SM. Zakir āhidup bukan hanya berada di tepian tetapi berada di gelombang, kerana itulah hidup.ā
- Kesimpulan Dr. Awang Azman Awang Pawi, ābalik kepada ilmu.ā
- Kata pembentang yang mewakili Dr Kamariah Kamarudin, āapabila berdakwah, gunakan bahasa yang sesuai dengan khalayaknya.ā
- Kesimpulan saya kepada kata-kata Zarif Hassan, āTulislah perkara yang kamu faham akan hal itu.ā
- Kesimpulan Lutfi Ishak, āApa sahaja yang kamu lakukan mesti ikhlas-al-Ghazali.ā
- Kesimpulan Rebecca Ilham dalam pembentangan kertas kerja III: āKonklusinya, penulis itu perlu memajukan diri. Terus belajar dan membetulkan kebobrokan dan menegakkan panji dakwah.ā
- Kata Shahnon Ahmad: āproses kreatif dakwah adalah proses penciptaan karya yang dicipta kerana Allah dan dihasilkannya untuk memanfaatkan masyarakat.ā ākertas kerja Ummu Hani, PPMN kali ke-3, 2011.
- Kata Mohd Ali B. Salim, āMenulis seperti buat roti. ā=D
- Kata Arif Atan: āSetiap orang bertindak daripada posisi.ā & āPenulis itu cerminan masyarakat.ā & ākita nampak sengsara di Palestin namun tidak nampak sengsara rakyat dalam diam...ā
- Ariff Mohamad dari UPSI menjawab soalan tentang budaya Korea yang makin meresap dalam penulisan anak muda. Kata beliau, budaya ini satu trend yang tidak kekal seperti sebelum ini telah datang Hollywood, Bollywood dan sekarang Koreawood... Mereka sudah mencipta budaya ini dengan rapi: mesti cantik dan sensasi. Dalam erti kata lain, orang yang menulis itu perlu cantik dan tampan serta karya kena sensasi. (saya hanya tersenyum..hm..)
- Kata-kata Jaāafar Haji Hamdan: āKarya itu abadi sifatnya seperti pohon yang memberi pahala jika ia kebaikan. Jika menulis tentang kejahatan, ia menjadi pohon yang memberi dosa.ā & āDalam perjalanan berhati-hati jangan tersesat. Jika tidak menyesatkan diri dan orang lain.ā
- Dr Salleh Yaapar berkata tentang makna diri pengarang muda.:
-ada bakat mengarang
-punya tenaga kreatif
-ghairah mengarang
-tajam ilmu kepengarangan dan subjek yang ditulis
-punya idealisme.
Comments
terima kasih memanjangkan ini.
cemburu juga akak mengutip pengalaman dengan sekalian penulis-penulis itu.
suatu hari kamu juga akan berada di situ... mungkin bukan sebagai peserta tetapi salah seorang pembentang.. siapa tahu...