Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا ...
catatan untuk mengabadikan

Comments
sedap bunyi belakang rima tu...bagus2..ada impak selepas pulang PPMN :))
Perumpamaan (",)
-pergi PPMN dengan gelas kosong, pulang???waha, ini hasil kamu...tahniah2...hehe
Suka dengan perumpamaan kemu. :)
Alahai, sekadar berani mengatur kata di sini. Belum ada kekuatan untuk kembali menulis di media massa. Entah mana menyoroknya rasa berani dahulu..
Ina, jom kembali tembusi majalah. :)
MPR 2007..