![]() |
Apa di sebalik nama Ila Husna? |
Kisah bermula apabila saya diperkenalkan dengan sifu Azmah Nordin yang merupakan seorang penulis Malaysia yang tinggal di Sabah oleh Siti Azimah Rupilen. Katanya sifu Azmah Nordin punya bengkel penulisan secara maya. Lalu, saya menyertainya.
āJamilah :) Sila baca Dari Sifu, lepas tu buat ringkasan cerita apa yang anda nak tulis kā āSifu Az.Inilah mesej pertama diterima di thread yang dibina oleh Sifu Az di blog beliau. Kemudian saya memulakan kembara selama lebih setahun untuk menyiapkan manuskrip asal yang diberi nama āTEKAD.ā Ia bermula dengan ganti diri saya (dalam bentuk diari) namun berakhir dengan sebuah novel remaja yang menggunakan kata ganti diri ketiga. :) Sebenarnya saya hasilkan manuskrip ini dengan hasrat untuk menyertai pertandingan namun alhamdulillah ini yang terbaik. :) Ia diterbitkan juga.
-bermula dengan ringkasan cerita --> merangka watak (buat perwatakan bagi setiap watak -> menulis satu demi satu bab dan dikomen serta diedit oleh sifu Az --> manuskrip asal yang dibengkelkan bersama sifu Az secara maya siap pada November 2009 (jika tidak silap)..
Kemudian saya menghantar proposal kepada Galeri Ilmu untuk mengajukan permohonan penerbitan manuskrip āTEKADā dan alhamdulillah ia diterima (sebenarnya saya ada menghantar ke penerbitan lain juga dan membatalkannya kerana sudah mendapat persetujuan Galeri Ilmu untuk menerbitkannya. )
Ogos 2010 saya mendapat respon daripada ustaz Zakaria Sungib tentang tiga bab contoh yang dihantar. Kata beliau āNovel ini ada potensi, jika dapat dibaiki perkara-perkara yang saya sebutkan.ā
Editor bertukar dan saya berada di bawah pengawasan editor baru bernama Amir Abdul Hamid. Kami hanya berhubung melalui emel sepanjang menyiapkan friends forever. Begitu juga saya berhubungan melalui mesej dan emel ketika puan Malini menyunting friends forever dan pelukis yang melukis ilustrasi untuk buku ini, saya haya berinteraksi dengannya secara maya.
Kesimpulannya perjalanan novel ini berlangsung secara maya dan saya selaku penulis tidak pernah bersua muka dengan mereka yang telah berjasa membantu penghasilan novel ini.
Kemudian ia melalui proses mengedit, menyunting, membaca pruf, melukis ilustrasi, dan akhirnya ada muka depan dan masuk kilang.
Alhamdulillah November 2011 semuanya jadi nyata dan wujudlah Ila Husna dengan novel sulungnya berjudul Friends Forever.
Selamat membaca apabila ia benar-benar di pasaran kelak.
*Ila Husna/Taman Ilmu & Budi.
Comments
semua secara maya, wah, terbaek! nanti boleh jual secara maya gak..hehe