Skip to main content

Dua Gambar, Satu Rasa.

Gambar yang diambil daripada deviantart.com. Kita lihat macam seronok bermain dengan salji, sedang mereka yang melaluinya tahu bagaiman sejuknya salji itu. Kita lihat dna kita teringin, apabila kita berada di sana, dapatkah kita bertahan? Sedangkan banyak benda yang ada di tangan orang lain kita mahu, apa di tangan kita mahu kita buang. Satu hari Allah mahu uji kita, Allah ambil apa yang ada dalam tangan, dan kita terlopong. Ketika itulah Allah mahu melihat kesabaranmu. Allah mahu lihat keikhlasanmu. Allah mahu lihat hatimu.  Macam seronok jalan dalam salji, berpayung.. Nice. :)



Perkara yang terlepas, jauh daripada pandangan. Jauh daripada genggaman. Kuatkah atau tidak kamu melaluinya hanya dapat kamu ketahui apabila kamu sudah melepasi fasa itu. Kadang kita rasa benda tu jauh sedangkan ia dekat sedang benda tu dekat kita rasa jauh. :(


Motif gambar???
Tajuk dan gambar serta tulisan di bawah sebenarnya tiada kaitan langsung. 

....
yakinlah walau tangan tidak tergapai,
Ada harapan di hujuang usaha,
Persoalannya,
Adakah sudah mencuba?
Hanya berkata dan terus bercakap.

Allah ingatkan sudah bermacam perkara,
Allah mahukan kamu ingat dah banyak senarai,
Ingatkah,
Ingatkah kamu wahai kamu???

Kamu yang hanya tahu tulis dan tulis.
Sedang semuanya nihil di medan amal.

Kamu hanya hanya bising bersama papan kekunci,
Di dunia nyata,
Penakut dan pengecut.

Kamu,
Kebahagiaan itu tidak hadir sendiri.

:(

Wassalam. 
Ada ketika saya menconteng lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub