Skip to main content

Warkah Kecil Buat Kak Husni

Assalamualaikum, akak..

Sebelum ini saya ada menghantar e-mel kepada k.husni. Kali ini saya sengaja mahu mencoretkan pula di blog. Warkah kecil ini sekadar catatan kecil saya untuk kak husni..

Kak Husni,
Sebelum saya menekan papan kekunci dengan lebih rancak dan menulis mengikut alur jemari, saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kerana masih berada bersama-sama saya walaupun saya hanya seorang yang bukan membantu kak husni pada kadar sepatutnya. Thank you, kak husni.

Saya akan selalu merindu cerita-cerita yang kak Husni sampaikan. Tidak kiralah apa, saya suka menjadi pendengar. (walaupun tidak mustahil saya cepat pula melupakannya). Maafkan saya kerana hanya menjadi pendengar dan kadang-kadang macam tidak dengar (buat-buat aje).

Watak dan keperibadian kita mungkin berbeza. Tidak mustahil ada mata memandang aneh kepada persahabatan ini. Namun saya sudah biasa. Walaupun saya seorang pendiam, teman sejak sekolah dahulu adalah mereka yang bukannya pendiam.. Bukankah orang yang bertentangan sifatnya lebih senang untuk bersatu??  (hihi, teori sendiri) Saya rasa bertuah ditemukan dengan sahaabat-sahabat yang sangat baik dengan saya.. (biarpun kuantiti sahabat saya hanya boleh dikira)

Insya Allah, kak husni, jika benar kak husni mahu mengajak saya ke sana, saya bersedia untuk memenuhi undangan itu. Biasalah, saya tak yakin untuk berjanji awal, khuatir hanya janji kosong.. Jika ada keizinan Allah, saya memang mahu menjejak sana, walaupun mungkin hanya sekali hayat saya... Insya Allah.. Kita tunggu masa itu, jika sudah ditetapkan saya ke sana, pasti saya akan ikut.. =)

Akhir kalam, saya doakan kebahagiaan menjadi milik Kak Husni di dunia dan Akhirat.. Saya tahu kak husni akan terus tersenyum dan tersenyum......

Terima kasih berkongsi senyuman dengan saya...

Sekian....






jamilahcakapsikit: sebenarnya tak tahu nak tulis apa.. hanya entri buat kak husni... =)

Comments

Da said…
salam'alaik..

Jamilah,insyaALLAH..xde benda yg membezakan persahabatan kita.. ukhuwah fillah.. =)

syukran jazilan a'la kulli hal..
jamilah said…
Wassalam...

Afwan..

=)

saya tidak buat apa-apa pun untuk k.husni ucapkan terima kasih.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...