Skip to main content

Ustaz Adli: 28 Julai 2010

Kelas tarikh adab hari ini berbicara tentang syurga, rasul dan macam-macam-macam lagi. Walaupun tiada dalam silibus aku memang suka lecturer yang mengajar sesuatu yang luar silibus. Rasa bahagia sebab tidak terikat dengan apa yang dipelajari dalam buku...

Hm..

Hari ini kami hanya belajar tentang satu bait syair oleh Zuhair bin Abi Salma yang menceritakan maksud adab pada zaman jahili. Ustaz mahu memberitahu yang mana maksud adab pada zaman Jahiliah bukan hanya maksudnya orang yang mengundang orang makan, namun juga maknanya suluk atau akhlak. Mereka pada zaman jahiliah tidak hanya berbicara sesuatu yang baik namun tetap mementingkan perkataan yang baik dalam syair mereka.

Jujurnya, aku bukanlah dapat menangkap dan mengingat semua cerita ustaz, jadi aku hanya menulis apa yang aku ingat.... Secara kurang tersusun...

Ustaz seorang yang minat dan suka membaca dan mengambil tahu tentang rentetan peristiwa -urutan peristiwa yang melibatkan tarikh-

Ada satu nasihat ustaz yang aku ingat. Ustaz kata kalau kita lihat orang buat maksiat, jangan cepat-cepat kata kamu jahat, kamu penzina, kamu itu, kamu ini. Nasihat hendaklah menggunakan hikmah kerana kita tidak perlu membuka aib diri sendiri apatah lagi membuka aib orang lain. Kemungkinan dosa yang dilakukan seperti zina atau apa sahaja dosa yang dia lakukan menjadi satu turning point untuk dia berubah suatu hari nanti. Bukankah taubat itu milik kita dengan Allah. Jadi kita tak perlukan hebahkan maksiat yang kita buat.

"Aku berzina di bulan puasa"

"Aku minum 40 botol arak."

Berdiamlah dengan dosa yang kita lakukan daripada menghebahkan kepada orang ramai.. kecualilah untuk kaunselor...

Aku tertarik dengan cerita yang ustaz kisahkan pada kelas yang lalu.

Bagaimana seorang yang punya 36 juta dalam bank boleh menghabiskan duitnya itu dalam masa beberapa tahun. Judi, chatting dengan aweks LA, Las Vegas, bawa kawan-kawan ke sana.. Sampai akhirnya muflis.. Akhirnya Allah berikan sakit batu karang, bedah berkali-kali, keluarkan 40 biji batu karang... Allah,  semuanya milik Dia untuk tunjukkan kepada kita supaya berubah..

Kata, ustaz tak perlulah bercerita tentang dosa itu, bertaubatlah sesungguh hati dengan Allah dan jangan ulangi kesilapan lalu...

Kemudian ustaz bercerita tentang bagaimana bagaimana ada peristiwa yang tidak dapat dijangkau masa. Cuba bayangkan, kita mahu ke Marikh dengan kelajuan bunyi memerlukan masa 4 tahun pergi dan 4 tahun kembali ke bumi semula. Rasulullah diisrak dan mikraj dalam satu malam. Inilah mukjizat.

Ustaz berkata lagi tentang tuan guru, kalau kita nak tahu hebat atau tidak seseorang kena lihat kepada tuan gurunya. Ustaz berikan contoh. Tok Kenali berguru dengan Syeikh Patani. Kemudian, ada orang tanya, siapakah guru RAsulullah???

Guru kepada Rasulullah itu malaikat Jibril. Jibril itu guru guru kepada  nabi Adam hingga Nabi Isa, sampai kepada Nabi Muhammad.. Subhanallah.. lihatlah...

Ustaz juga berkongsi kata-kata Said Nursi,

"Sangkaan orang Alim itu lebih benar dan betul dibandingkan keyakinan orang jahil"

rEnung-renungkan..

Titik.

Ini dahulu yang aku ingat untuk dikongsi kali ini. Hanya nak tulis untuk ingatkan diri sendiri...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...