"Minggu depan kamu datang. Cabut yang belah kanan pula. Nanti simpan lama-lama jadi macam yang kiri"
Huh, tentu aku pesan pesan dr gigi yang baik itu.. Entah apalah nama beliau...
Hm, seminggu.. Cepat sangat, lusa dah hari ini. Dan aku berhajat untuk ke dentist hari Isnin juga memandangkan tiada kelas pagi.Tidak sanggup pula nak korbankan kelas. Syukurlah cabut gigi minggu lepas aku dah sihat petang tu.. hehe.. tak sampai hati nak ponteng kelas...
Malam ni, aku cari-cari, tanya pak cik google tentang pengalaman orang cabut gigi.. Tentulah macam-macam..
Entahlah, rasa cuak pula. Aku dapat rasa yang gigi ini lebih kronik daripada yang aku cabut minggu lepas.. Minggu lepas jumpa tiga akar.. kali ini gigi geraham tentu lebih parah..
Arghhhh... ikutkan hati malas pula nak ke sana lagi. Teringat pengalaman minggu lepas. Memang pengalaman cabut gigi akan diingat seumur hidup.. Betul-betul cuak tunggu Isnin ini..
Rasanya kalau aku dapat MC lagi memang aku tidak ke kelas hari tu.. Aku dah bayangkan kesakitan kali ini adalah lebih teruk daripada yang itu...
Hahaha.. negatif thinking...
ENtah...
tak dapat nak elak daripada berperasaan macam tu... Nak lari tapi dentist tu dah pesan.. simpan lama-lama nanti kena surgeri.. huh. tak kuasa aku...
Hmmmmm.. tunggulah aku hari Isnin.. Rasa nak pergi awal supaya siap awal dan dapat berehat lama sedikit. Kalau boleh tak mahu tinggalkan kelas...
hmmmmmmmmmmmmm...
sangat cuak rasanya..................
cabut gigi..................
nanti ada yang kena tampal...
Comments