Skip to main content

Aku & Ainul Salasiah



Ainul Salasiah Pada Kaca Mata Jamilah.
Ainul memang seorang sahabat yang baik. Tiga tahun perkenalan kami, aku merasakan Ainul dekat dengan hati. Mungkin diseabkan sifatnya yang peramah menjadikan Ainul disenangi oleh orang yang berada di sekelilingnya. Aku suka perhatikan tingkah Ainul ketika berkomunikasi dengan rakan-rakannya (bila kebetulan aku di sisinya le.. ) Aku suka melihat Ainul tersenyum, bercerita dengan penuh semangat, memberi motivasi kepada seseorang... Ah, kenangan kita berbual menggunakan tulisan di Nilai tidak aku lupakan. Terima kasih untuk itu.

Aku tidak ingat bagaimana kami berkenalan. (teruk kan!) Yang pasti sejak di CFS selama dua tahun, kami banyak sekelas.. BI, Arab, dan subjek yang wajib dipelajari di CFS kebanyakannya sekelas. Cuma ketika masuk Gombak dan kami bisa memilih subjek sendiri, seingat aku hanya kelas komputer kami sekelas. Alhamdulillah dengan kesempatan yang Allah berikan untuk aku melihat dan menggauli Ainul dari dekat.

-Ainul peramah
-Ainul pernah memberi aku pertolongan ketika aku perlukan.. insya Allah aku tak lupa saat itu... terima kasih.
-Ainul mudah mesra dengan orang lain.
-Ainul suka senyum dan membuat orang lain senyum.

Entri ini..
Aku dedikasikan untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk Ainul Salasiah Shafian... =)
Semoga Allah lanjutkan usia kamu dalam keimanan dan keredhaan-Nya.
Semoga Allah beri kejayaan kepada kamu di dunia dan Akhirat.

Ya Allah, sebagaimana beliau telah menggembirakan hatiku selama ini, Kau gembirakan sahabatku ini atas segala yang beliau lakukan...

Dengan kebaikan beliau menolong orang lain, Kau bantulah dia ketika dalam kesusahan..

Ainul, SELAMAT HARI LAHIR!!!

Tiada hadiah berharga dapat aku hulurkan,
Tanpa wang ringgit dapat aku taburkan
Bukan budi mampu aku berikan
Hanya sebuah ucapan.

Sanah Meelad, Saeed... :)



p/s: Ainul, kami rindu ngan dia... haha... =)

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (Ų§Ł„Ų£ŲÆŲØ) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: Ł‚ŁˆŁ„ Ų·Ų±ŁŲ© ŲØŁ† Ų§Ł„Ų¹ŲØŲÆ: Ł†Ų­Ł† ŁŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų³ŲŖŲ“Ų§Ų© Ł†ŲÆŲ¹ŁˆŲ§Ł„Ų¬ŁŁ„Ł‰ * Ł„Ų§ ŲŖŲ±Ł‰ Ų§Ł„Ų¢ŲÆŁŲØ ŁŁŠŁ†Ų§ ŁŠŁ†ŲŖŁ‚Ų± Ų·Ų±ŁŲ© merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk ā€œYursi Jaddatuhuā€ (Menangisi Pemergian Datuknya), dan ā€œYarsi Abahuā€ (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair ā€œ Muhammad Abduh ā€ ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risaā€™ atau kesedihan. Ł…Ų­Ł…ŲÆ Ų¹ŲØŲÆŁ‡ Ł…ŁŲ³Ų± Ų¢ŁŠ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲØŲ§Ł„Ų£Ł…Ų³ ŲØŁŠŁ†Ł†Ų§                  ...