Skip to main content

Cuci Mata Beli Buku...

Tempat: Atas katil tingkat II Qamar Cinta 1-1, Safiyyah, IIUM
Tarikh: 18 Julai 2010
Masa: 2220-2231
jamilahcakapsikit: Tidak aku menyesal habiskan duit beli buku.. :)

Alkisahnya, Jumaat lalu aku sudah meliburkan diri di Pustaka Mu'min, Jalan Masjid India untuk membeli beberapa buah buku terutamanya novel... Maka, melayangkan not-not untuk memenuhi nafsu membeli buku itu.. Dapatlah tiga buah buku PTS, satu hadiah untuk seseorang dan majalah Muslimah, Solusi dan PC... Sampai hari ini belum satu pun  aku sentuh sepnuhnya.. hanya baca celup-celup.

hari ini -Ahad- sepatutnya aku hanya meneman kawan yang mahu membeli buku di Kinokuniya. Konon-kononlah. Duit dalam poket dah dimasukkan RM100.00. Maka, hampir seratusnya aku beli buku-buku di Kino hari ini. Setelah tiga kali bertandang, baru hari ini aku membeli buku di Kinokuniya ini. Rasa sangat bahagia.. (jangan lupa bacalah kalau dah beli)

Petangnya, aku berkesempatan pula ke MPH Wangsa Maju di JJ. Selama beberapa kali ke JJ baru hari ini aku ke sana. Memang seronok berada dalam lingkungan buku-buku, memesrai buku-buku...  Kali ini hanya berbekal RM50.00.. Pegang buku itu, sentuh buku ini, peluk buku itu.. akhirnya hanya sebuah buku yang beli..

Alhamdulillah.. Sesungguhnya kembara membeli buku tidak akan memberi kerugian bagi yang meminatinya. Buku yang dibeli bukan hanya aku yang baca, boleh diberikan kepada kakak-kakak dan anak saudara yang sedang membesar.. Dan tidak mustahil nanti anak-anak aku pula yang bakal menatap buku-buku yang aku beli hari ini. (jika Allah panjangkan usiaku dan sempat berkeluarga.)

Usahlah menyesal berhabis untuk membeli buku. Jika kita boleh menghabiskan banyak duit untuk sesuatu yang kita suka, mengapa kita tidak boleh membeli buku? Mungkin suatu hari orang lain pula membeli buku kita.. (hehe, berangan)

Titik.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...