Skip to main content

Palestina Masih Berdarah

Kejadian yang melanda Mavi Marmara mengejutkan dunia. Dan kita seakan tersentak daripada sebuah lena yang panjang namun adakah hari ini isu itu masih diperbincang? Atau sama seperti isu-isu lain yang diperbincang seketika kemudian senyap seribu bahasa??? .


Sedarlah wahai sahabatku, Palestina masih berdarah dan mereka akan melalui musim sejuk tidak lama lagi. Ramadhan sedang menggamit. Adakah mereka akan terus berada dalam gigilan sejuk tanpa kita membantu? Masyarakat antarabangsa belum berhenti menyalur bantuan kepada saudara kita di Palestina. Masih ada NGO yang ke sana membantu...

Ya, masyarakat antarabangsa masih belum berhenti berusaha untuk melakukan apa terdaya bagi membantu saudara kita di PAlestina.


Aduhai...


Kita di Malaysia, adakah tersenyuh dengan penderitaan mereka? ataukah kerana kehidupan kita yang sudah biasa dengan kemewahan menjadikan kita lupa.


Apakah yang sudah saya lakukan untuk Palestina?

MAsihkah saya berdoa untuk saudara saya di Palestina?

Adakah saya cuba untuk ambil tahu perkembangan di sana.

Allah, lekanya saya dengan kesenangan di sini..


Ayuh, kita cakna dengan isu yang ada... Bukan hanya isu politik yang tidak habis-habis di Malaysia... Untuk mengetahui satu-satu isu jangan hanya berpegang pada media arus perdana namun perlu kita cari alternatif dan menapis semua berita yang sampai di telinga kita.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...