![]() |
Adik nak baju kurung ini. |
"Mana ada orang pakai baju raya warna putih, dik.. Putih macam warna kain kapan je."
"Adik nak." Adik tarik muka masam. Anak bongsu selalu begitu. Mungkin biasa dimanjakan mak dan abah. Mana ada permintaan adik yang tidak tertunai. Namun adik bukanlah orang yang suka mengambil kesempatan. Adik baik. Adik selalu dengar cakap mak dan abah. Walaupun adik kuat merajuk, adik suka buat kami sekeluarga gembira. Adik penghibur hati kami.
Satu Ramadhan adik ulang lagi permintaannya. Adik tanyakan akak tentang baju kurung putihnya. Adik merajuk tidak mahu berbuka bersama-sama kami pada hari pertama puasa. Jenuh juga mak memujuk adik dengan membawakan makanan ke bilik adik. Adik mogok. Enggan bercakap sepatah pun dengan akak.
Akak sedikit sibuk sekarang. Banyak kerja-kerja kuliash perlu dibereskan. Ada tugas penting yang mesti akak selesaikan sebelum raya. Akak sibuk, adik.
Adik kata akak sengaja tak mahu beli baju raya untuknya. Akak kedekut. Adik nak minta baju kurung putih dengan mak. Akak pujuk adik.
"Esok malam kita ke Butik Muslimah beli baju raya adik." Akak menanam janji.
Setiap janji dituntut untuk menunaikannya pula. Maka, akak lapangkan juga malam itu untuk adik. Untuk baju kurung putih adik. Adik hanya pilih baju kurung warna putih kosong tanpa bunga warna lain..
Adik berperangai pelik puasa tahun ni.. Hm, akak hanya boleh diam sahaja.
***
Adik senyum lebar dan sibuk-sibuk mahu mencuba baju barunya. Akak melayan adik sekadarnya. Akak ada banyak kerja lain yang perlu dibereskan. Adik mula tarik muka 14.
Pagi raya. Semua orang gembira. Adik apatah. Tahun ini adik berjaya puasa penuh. Adik puasa tanpa abah janji wang upah, tapi adik kata dia puasa sebab Allah suruh. Adik sudah besar dan tahan lapar. Adik nak masuk syurga.
***
Adik hanya pakai baju kurung putihnya sekali. Pagi raya yang sepatutnya menjadi hari kemenangan setelah sebulan bepuasa menjadi tarikh sedih kami sekeluarga.
Pagi itu adik gopoh nak lintas.
Pagi itu adik tidak sabar nak ke masjid.
Pagi itu adik bangun awal dna kejutkan akak.
Pagi itu adik bersungguh meminta maaf dengan mak, abah dan akak.
Rupanya pagi itu pagi terakhir untuk adik..
Adik tidak sempat solat raya tapi orang lain yang sembahyangkan adik. Baju kurung putih adik lencun dengan darah yang mengalir keluar daripada liang-liang badan adik.
Adik, akak rindu adik... Maafkan akak bukan menjadi akak yang terbaik..
Damailah adik di dunia baru... Baru kurung putih adik akan akak simpan baik-baik. Itulah kenangan akak dengan adik...
=) Adik, tenanglah dalam duniamu di sana.
Comments
wahh...
baju putih 'pasar mlm' ari 2 ke?
=)
Wassalam..
Bukan, ini baju putih yang lain..
=)
hahhaa=p
dia suka baju warna putih nak buat macam mana... Tapi realitinya takde kot orang nak buat baju raya warna putih.
huhu..