Mungkin cerita ini sudah biasa didengar oleh orang lain. Namun aku suka untuk kongsikan sebuah kisah yang aku dengar ketika menghadiri satu majlis beberapa hari lalu. Terima kasih yang menyampaikan... Aku tak ingat cerita penuh, jadi ini jadi versi aku.
Di sebuah kampung ada seorang anak muda yang tinggal bersama tok wannya. Setiap hari, si budak lelaki (aku namakan dia Syauqi) melihat tok wannya membaca sesuatu yang kemudian menjadikan mata tok wannya penuh bergenang air.. Setiap hari Syauqi melihat keadaan itu hingga membibitkan persoalan dalam hatinya. Lantas Syauqi menyoal tok wan akan hal itu.
"Atuk, buku apa yang tok wan baca sampaikan setiap kali menatapnya tok wan akan menangis."
"Syauqi. Ini bukan buku biasa. Inilah al-Quran."
"Ohhh.. Tok Wan boleh ajarkan Syauqi kan??? "
Dikerat cerita, maka belajarlah Syauqi membaca al-Quran daripada tok wan. Bermula dengan tidak tahu membaca, Syauqi mula mengeja, membaca satu persatu ayat-ayat al-Quran hingga akhirnya Syauqi membaca al-Quran dengan lancar. Namun dia pelik apabila dia langsung tidak menangis sebagaimana dia melihat tok wan akan menangis ketika membacanya.
"Tok wan, Syauqi dah pandai baca al-Quran tapi tak menangis pun."
"Syauqi buat apa yang tok wan suruh ni. Syauqi ambil gayung yang ada di bawah rumah tepi bilik air, kemudian Syauqi angkut air dari sungai hari-hari. Seminggu Syauqi buat."
-gayung itu bocor, penuh dengan habuk, kotoran dan debu kerana lama tidak digunakan.-
Maka, menurutlah Syauqi akan arahan tok wannya. Namun bagaimana air dapat dibawa dengan sempurna dengan gayung yang bocor?
Setelah seminggu dia bertemu tok wan.
Kemudian, tok wan bercerita tentang signifikan tugas yang diberikan.
Kata tok wan,
Renung-renungkan wahai diri..
Dah baca ayat-ayat cinta ini???
jamilahcakapsikit: kamutunakbacanovelsenang,nakbacaal-quranliat... Astagfirullah... bilakah jodohmu dengan maut? Engkaulah Yang Maha Mengetahui. Moga kematianku bukan suatu kematian mengejut tanpa bekal.

"Begitulah hati kita. Lihat gayung yang pada mulanya kotor dan bersalut debu dan bocor pula boleh menjadi bersih kerana hari-hari Syauqi angkut air menggunakan gayung ini. Nampak bersih dan kotoran hilang.
Begitulah hati kita. Mungkin kita risau apabila membaca al-Quran namun tidak faham apa-apa. Jika kita baca setiap hari, Insya Allah, al-Quran itu suatu mukjizat yang dapat memberi ketenangan. Bacaan al-Quran dapat memberi cahaya yang menerangkan zulmat sekeping hati... Bukankah orang yang belajar membaca al-Quran dan istiqamah itu mendapat dua pahala, pahala belajar membaca al-Quran dan pahala belajar al-Quran.."

Comments