![]() | ||
Bukan sepatu ini yang dibeli |
"Hari ini nak ke mana ya?" Da bertanya lu'luah setelah makan tengahari hari itu.
"Jom, kita fi JJ. Lu'luah nak cari kasut." (*sandal: bagi lu'luah seorang warganegara Kedah semuanya dipanggil kasut termasuklah selipar jamban itu pun kasut)
Usai makan, Da dan Lu'luah bergerak untuk bersiap. Hampir setengah jam juga terpaksa menunggu Rapid KL 231 sampai kerana terlepas sebuah. Mereka pun meng'snap' gambar pemandangan UIAM yang cantik dalam gambar dahulu...
bas sampai. Pusing satu UIAM sebelum bergerak keluar. Beli tiket LRT dan bayar tambang RM1. Sampai JJ Wangsa Maju. Sasaran mereka adalah kedai menjual kasut.
Pusing-pusing cari tapi satu tidak berkenan. Memang pergi satu demi satu tempat menjual kasut dalam supermarket itu namun seperti tidak berkenan.
Lu'luah komen macam-macam. Akhirnya lu'luah hanya menyerahkan tugas itu kepada Da. Bagi Lu'luah, dia kurang gemar disuruh membeli barang begitu.. -kasut, beg tangan, pakaian.. - huh!
Mereka berlalu. Meninggalkan sebentar seksyen yang menjual pelbagai jenama kasut itu.. Kemudian terjadilah peristiwa Da dan Lu'luah makan di Secret Recipe.
Alhamdulillah.
Mereka kemudiannya mencari buah delima (RM5 sebiji) dan mata kucing sebelum bersolat Zohor di musollah JJ.
Masuk juga beberapa kedai namun satu pun tidak berkenan. Begitulah perangai lu'luah yang memang susah jika disuruh membeli kasut atau baju atau benda-benda yang sepatutnya penting. Lebih suka ditunjuk atau dibeli orang lain.
Kali ini Da menjadi mangsa. Mencari kasut untuk Lu'luah sambil mulut lu'luah tidak henti komen.
"Tinggilah."
"Tak sedaplah!"
"Mahallah!"
Terserlah satu sifat lu'luah yang tersimpan. Mulut boleh tahan komen tentang sesuatu apabila dia tidak mahu... Cari alasan itu tidak baik. =(
Cari-cari dan cari akhirnya, ini menjadi milik lu'luah.
Mana boleh lu'luah sahaja. Kasut Da juga perlu diganti.
Kira duit dalam poket. Opppsss.. tidak mencukupi untuk membayar dua pasang kasut. Maka sepasang kasut dahulu dibayar, kemudian ambil duit di ATM sebelum kembali membeli sepasang kasut untuk Da.
Alhamdulillah..
Mission completed!
Maka sepatu yang dicari dapat setelah tiga jam lebih. Dua pasang sandal. Bukan mudah mahu memilih kasut. Tiba-tiba lu'luah teringat kisah sepatu baru yang pernah ditulisnya berdasarkan kisahnya mencari kasut bersama temannya di Nilai dahulu.
titik.
jamilahcakapsikit: terima kasih kak husni pilihkan sandal untuk saya. Saya dah kembali ke zaman sekolah rendah, minat kasut bertumit.. =)
Comments
Allah telah menguji dengan apa yang saya cakap.. Selalu cakap orang lain ladies, kemudiannya jamilah yang jadi begitu...
moral: berhati-hati apabila berkata-kata kerana ia akan kembali kepada diri sendiri.. hmmm..
oppsss...
Dating mana plak nak bawa kawan ramai2... =)
kami takut kamu ada kerja je... macam biasalah, buat keputusan on the spot...
=)
nanti tiga bertiga plak..
hihi.