Skip to main content

GIGIKU HILANG.

Tempat: Meja Belajar Qamar Cantik 1-1, Safiyyah IIUM.
Tarikh: 19-7-2010
Masa: 1131-1151
jamilahcakapsikit: Aku dapat MC hari ini.. Haha..

Aku kuatkan diri untuk betemu dentist hari ini. Haha, biasalah, selagi gigi tidak sakit aku akan bertahan hingga benar-benar perlukan rawatan. Seawal jam 9 pagi aku sudah berjalan keluar mahallah dengan penuh energi dan rasa mahu mencabut gigi. Sakit di gigi yang sudah dua hari secara automatik hilang ketika aku menghampiri klinik gigi...

pelik! Tak akan aku nak berpatah balik pula, buatnya esok sakit semula, aku tak sanggup nak tinggalkan sebanyak empat kelas esok. Jadi, aku teruskan langkah penuh selamba dan tidak hiraukan orang.

Isi borang-tunggu lima minit- aku dipanggil masuk.

Dup-dap-dup-dap. Rasa macam nak jumpa seseorang yang kita nak jumpa sangat pula jantung ni bergerak dengan laju..

Nasib baik doktornya sangat baik.. huhu... Setelah diperiksa banyak juga gigi aku yang rosak dan perlukan rawatan lanjut. Apa tidaknya dahulu tiap-tiap minggu mak bawa aku jumpa dr gigi, sekolah rendah dan menengah ada dr periksa gigi setiap tahun,masuk CFS aku hanya periksa gigi ketika mula-mula dan sudah. Sakit pun makan ubat tahan sakit je. hehe.. (takut jumpa dr sebenarnya)

"Kalau kamu simpan lama lagi kena buat surgeri ni. Dah berapa lama le kamu simpan gigi ni. Saya akan cuba cari akar gigi tu. Tengoklah mana yang keluar."

Kemudian, mulut aku sudah dibius dengan ubat tahan sakit... huhu.. macam kena gigit semut api rasanya. Bertahan.. Kemudian berkumur dan tunggu hingga rasa kebas.

Aku sudah selesa. Akal sudah diset untuk cabut gigi hari ini, jadi dia pun tenang-tenang aje...

hampir lima minit juga, sudah terasa kebas.. maka proses mencabut pun bermula..

"Kalau rasa sakit bagitau. memang akan rasa sakit sikit pun."

Aku tak tahu berapa minit yang dr ambil untuk cabut serpihan gigi yang tertinggal itu.. Apa yang dapat aku tangkap ketika mula-mula dr tu mulakan proses mencabut, tak tahulah tangan dr terlukan atau apa, dia terpaksa tukar sarung tangan baru. huhu.. kemudian proses mencabut berjalan lancar. Misi yang seorang tu pegang kepala aku.. Ah, memang rasa sampai kepala juga sakit tu, nasib baik air mata aku tak keluar je.,. hehe.. hampir-hampir dah tu.

"Okey, siap. Ada tiga akar yang jumpa... hari ni kalau tak larat rehat kat bilik. Saya bagi MC."

:-) Oh, itulah yang aku nak dengar.. Dapat cuti hari ni. Nasib baik hanya ada dua kelas, jika tidak rugi.

Aku diminta menunggu seketika di ruang menunggu. Ah, kepala sudah mereng dan mulut tentulah masih kekebasan. Dengan kapas yang masih di mulut aku menunggu di luar. Kemudian misi itu mampir.

"Jangan makan makanan panas hari ni. Makanan sejuk saja. Ais boleh makan.. Ais krim boleh makan. Jangan kumur hari ini."

Kemudian aku mendapat bekalan cecair kumuran dan kapas + ubat tahan sakit.

Keluar sahaja daripada klinik gigi IIUM, aku terus lemparkan kapas, malulah kalau orang tengok aku begitu...

Balik bilik cepat-cepat, kemudian sambung tahan darah yang masih mengalir dan menikmati rasa kebas yang terasa pada mulut. Rasa bibir tebal dua inci dan mulut kembang sedikit.. haha.. sekejap je.

Pengalaman ni.. Aku dah lupa bagaimana aku cabut gigi dulu-dulu. Setiap dua minggu mak akan jemput aku di tadika untuk ke klinik mencabut gigi. Kanak-kanak, apa yang dia tahu. Hari ini aku mendapat semula pengalaman itu dan ia berharga untuk aku kenang-kenang..

haha..

Rasa tenang apabia sakit itu sudah menghilang. Yang satu lagi tak boleh tunggu skait, kena cabut terus.. Gerun dengar kalau kena buat surgeri gigi.. 

Nanti ada satu lagi gigi yang akan hilang dan beberapa lagi siri rawatan gigi. Sementara aku masih belajar di sini, baik aku rawat gigi-gigi yang sakit tu. Bila dan keluar nanti tinggi pula bayarannya apabila menggunakan perkhidmatan swasta..

Titik... Sakit juga satu nikmat yang tidak semua dapat. Mereka yang sakit tahu betapa berharganya sihat dan orang yang sihat jarang menghargai nikmat sihat itu.. akulah itu..

Comments

muSafir said…
salam..

cabut gigi ya..

patut x nampak sejak dua menjak nih, sakit gigi rupanya,

maaf, x datang jenguk kamu lagi... (apa punya shbt lah sy ni kan? huu..)

"Sakit juga satu nikmat yang tidak semua dapat. Mereka yang sakit tahu betapa berharganya sihat dan orang yang sihat jarang menghargai nikmat sihat itu.."

Subhanallah, setuju tu sahabat. Kadang2 aku lupa tentang itu kala sihat...

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub