Skip to main content

Ceriti Hari Ini versi Panjang.

Masa: 1039-1116
Tarikh: 24 Julai 2010
Tempat: Meja Belajar Qamar Cantik 1-1

Ah, terasa rugi pula jika dibiarkan kenangan yang terjadi semalam hanya dalam ingatan yang mungkin cepat aku lupakan. Maka, pagi yang tenang dengan matahari yang tersenyum senang aku kembali mengatur satu demi satau ayat membentuk kisah yang terjadi semalam...

Alkisahnya pun bermula...

Seawal jam 8.00 aku sudah terpacak di Kedai fotostat untuk menuntut buku tarik al-adab al-arabi di kedai fotokopi hijau. Kemudian, bergerak ke ITD.. Kononnya hanya mahu seketika kemudian terus ke maktabah menyiapkan kerja. Namun jika sudah berada dalam ITD kakiku sudah dilekat gam gajah yang menyusahkan kaki untuk melangkah...

Nokia bmelagukan Demi Masa yang menandakan ada panggilan masuk...

"Jamilah, jom pergi JJ. Sekarang."

Aku, diajak berjalan memang lembik tengkuk terus berkata ya. Ketika itu, barulah kaki ringan mahu pulang semula ke bilik untuk bersiap-siap. Rancangan ke Maktabah batal dengan sendirinya. (sebenarnya tak rajin sangat ke maktabah pun)

Aku hanya menanti di dalam bilik sampai nampak kelibat kak husni..

"Kita tunggu Rokiah sebentar."

Aku buka almari. Ambil tiga keping not RM10 untuk dibawa.. Mulanya mahu bawa RM15.00 sahaja namun terasa mungkin ada barang mahu dibeli.. Bekal. Hanya itu. Tidak terasa mahu mengenakan cermin mata pun. Kamera pun hanya ditinggal. Kot tidak dipakai. Kad bank dibiarkan dalam loker. Untuk ke JJ tentu tidak lama..  Itu fikirku...

Kami menunggu Rokiah beberapa minit sehingga Kak Husni menghubunginya beberapa kali.. Rupa-rupanya Rokiah ada kerja lain yang perlu diselesaikan. Jadi, kami hanya berdua. Aku dan kak Husni.

Sampai di bus stop safiyyah, nampak bas 91.

"Kita gi Mydinlah."

Aku?? On sahaja bab-bab jalan. Terus melangkah naik bas.. Berbicara beberapa perkara sebelum masing-masing melayan perasaan sendiri.. (aku biasalah, berangan)

Sampai di Chow Kit, perancangan berubah lagi..

"Kita gi Sogolah."

Keputusan diambil kerana aku sendiri tidak tahu ATM di mana untuk mengambil duit jika kami ke Mydin Sinar Kota. Sampai di Sogo kami berhenti... Nampak kedai baru nak buka.. mula-mula macam nak masuk..

"Utamakan yang utama!" Yah, terbaiklah!

Kami menuju mesin ATM. Wang tidak dapat dikeluarkan kerana hanya boleh mengeluarkan RM50.... Aku nak membantu tidak boleh. Kad di bilik, Wang hanya RM30.00 dalam tangan.

Kami ke seberang jalan. Kak Husni mencari jalan. Lantas Kak Husni menghubungi seorang sahabatnya... masalah satu selesai. Kami perlu menghabiskan masa sebeum wang dimasukkan dalam akaun.

Masuk kedai baju. tengok jubah. Berkenan.... (yang lain-rahsia.. hehe)

Kami perlu menunggu sahabat kak husni untuk datang membeli baju. Kaki berjalan, melihat suasana hari Jumaat yang tetap sesak. Nampak satu grup sedang membuat pengambaran. Entah apa ceritanya.. Tidak peduli... Kami meneruskan perjalanan ke Mydin.

Beli barang -RM22.70 (kalau tak silap).. kena hati-hati, dalam poket ada RM30 sahaja... Habis sahaja membeli sudah azan.. SOLAT JUMAAT!!! huh, berjalan hari Jumaat. Serik aku untuk ke sana hari Jumaat...

Bayangkan orang bersolat hingga ke jalan. Mungkin di negara lain biasa, tapi ini kali pertama aku melihat dengan kepala sendiri. Sebenarnya tidak sanggup juga terpaksa berjalan depan orang sedang bersolat... Tapi tiada jalan lain.. Mereka membawa sejadah yang dihampar atas jalan.. Subhanallah.. Aku tiada kamera untuk merakam momen itu...

Kami ke stesen LRT untuk menunggu sahabat kak husni.. kemudian bergerak ke Masjid India kembali untuk bersolat.. Ah, maafkan aku kak husni, suka bawa kak husni jalan bnayak-banyak...

Kami menunggu sahabat kak husni di masjid, kemudian sama-sama ke kedai baju tersebut. Cuba-beli-bayar-oter-bergerak keluar. selesai.

Kami ke Mydin sekali lagi setelah ambil duit.. Duit dah masuk.  Kemudian beli jagung bakar sebelum solat Asar.. Makan dalam masjid, semudian bergerak pulang...

Alhamdulillah. Ketika itu aku sudah diam seribu bahasa. Ya, apabila sudah bertiga dan ramai aku lebih suka mendiamkan diri. Aku tidak mengaku jika aku penat sekalipun kerana apabila aku menyebutkannya hanay menjadikan aku bertambah penat..

Aku penat sedikit, sedangkan aku  tahu dua orang sahabat aku itu lebih penat.. Jadi aku langsung tidak kisah.. =)

Tamat.. Sampai bilik sudah lapan lebih.. Lama juga aku berjalan hari ini. Namun aku puas, sahabat kak Husni sudah dapat bajunya.. Alhamdulillah..

Sempat lagi aku merayap ke ITD, kononnya mahu terus menulis cerita ini namun, namun tiada mood yang baik kerana belum mandi dan badan sudah terasa lain.. hahahahaha... =)

balik-mandi-lena..... tamat satu hari di sini..

Jumaat....

titik....



hari ini alhamdulillah, aku menulis juga cerita itu walaupun hanya cerita biasa.. Aku mahu ingat apabila aku baca semula.. Kisah-kisah aku dan sahabatku..


maafkan aku sahabat...


kadang-kadang aku sengaja buat muka toya,
seringkali muka aku memang muka toya hati kayu...
aku memang tak reti jaga hati orang kan...
sebab tu aku suka kalau orang buat tak kisah dengan aku.. 

hehe...

Comments

Bulya Iswandi said…
wahh...cerita yang bes...seronok je kehidupan akak....x macam saya kot disini...heheh. jemput ke blog
Jamilah said…
Bulya Iswandi,

masa tengah seronok.. dah mula assignment menimbun tidaklah seronok seperti hari ini lagi..




haha..
ain fathihah said…
tak pernah pula saya lihat di negara sendiri orang solat melimpah hingga ke jalan...

salam kenal

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub