Ina Nailofar.
NOVEL FRIENDS FOREVER NUKILAN ILA HUSNA
Kata Ila Husna, "Ukhuwah itu tali penyatu."
Ini cover novel Friends Forever.
Cukup ceria.
Sesuai dengan jiwa remaja dan pastinya menjadi kegemaran penulis---> Cik Ila Husna.
--->Sedikit pengenalan tentang penulis novel ini.
- Ila Husna merupakan nama pena yang digunakan.
- Bakal berusia 23 tahun pada 20 Ogos 2012 nanti.
- Beliau merupakan pelajar di UIAM.
- Berasal dari Kedah.
- Nak tahu lebih lanjut boleh layari blog beliau DI SINI (*^-^*)
----> Kekuatan novel ini.
1. Watak Utama : Zakiah. Lambang karakter remaja yang diidamkan pada masa kini.
- Zakiah digambar seorang yang pintar, bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa. Sangat menghormati ibu bapa. Dapat dilihat dengan jelas, pada awal permulaan cerita, dia berterus-terusan memohon persetujuan daripada ibu bapa. Dia tidak sesekali membelakangkan kedua ibu bapa. Hal ini kerana pemahamannya jelas, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Inilah yang perlu diteladani oleh para remaja pada masa kini. Restu ibu bapa sangat penting dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Barulah hati akan tenteram.
- Semoga pembaca dapat mesej tentang kepentingan ‘adab’, baik ketika bersama dengan orang yang lebih tua mahupun sesama sahabat-sahabat yang dibawa oleh penulis ni J
2. Banyak kata-kata yang memberikan motivasi kepada pembaca.
- Suka saya memetik beberapa contoh di sini,
'Jika kita mahu kuasai sesuatu ilmu, kuasailah bahasanya.' (muka surat 4)
'Terpaksa itulah yang membiasakan diri.' (muka surat 17)
'Mesti jadi manusia bermatlamat. Barulah tidak menyimpang dan hidup lebih terurus.'
(muka surat 18)
***Saya catat sikit saja, nak tahu lebih lanjut dapatkan novel..hehe
***Saya catat sikit saja, nak tahu lebih lanjut dapatkan novel..hehe
3. Unsur kejutan daripada suatu peristiwa yang diluar jangkaan pembaca.
- Keupayaan penulis mematikan watak penting amat memukau tumpuan pembaca.
- Dalam usia yang muda dan tika semangat belajarnya yang menjulang tinggi, Zakiah menjadi yatim piatu. Insiden kebakaran rumah yang begitu menyayat hati. Bayangkan sekelip mata, hilang ibu bupa. Hilang harta benda, hilang segala-galanya. Amat tragis.
- Zakiah bernasib baik, watak ada kekuatan dalaman yakni kemantapan jiwa yang baik. Jadi, elemen kerohanian inilah yang membuatkan beliau kuat dan tabah untuk terus cekal meneruskan kehidupan.
4. Latar masyarakat yang baik ditonjolkan.
- Zakiah membesar dan hidup dalam suasana kelompok masyarakat yang baik. Lihat sahaja, selepas tragedi yang mengorbankan kedua ibu bapanya itu, jiran yang baik sudi menumpangkan dia.
- Masyarakat sebeginilah yang kita harapkan, hidup saling membantu dan yang penting ikhlas. Barulah negara aman dan damai.
5. Indahnya ‘hidup bersahabat’ jelas ketara.
- Terang lagi bersuluh pada judul novel ‘friends forever’, kisah bagaimana lima sahabat ini yang lahiriahnya berbeza namun akhirnya bersatu dalam untaian ukhuwah fillah yang jika dianalogikan ‘tiada secantik lukisan dapat kubayangkan.’
- Benarlah yang dinukilkan seperti di belakang kulit novel iaitu ‘ ukhuwah kerana Allah yang tidak bersandar kepada material namun ada tautan hati.’
- Tidak keterlaluan jika dikatakan inilah role model persahabatan yang sebenar. Susah senang dihadapi bersama. Dapat dilihat dengan jelas, masing-masing berusaha untuk menggembirakan hati sahabatnya. Akhirnya, mereka sama-sama terbang ke Mekah bagi menunaikan umrah. Wah, sangat bahagia jika perkara ini dapat direalisasikan. Musafir bersama-sama. Kan?
6. Isu Bahasa Arab yang berjaya dirungkaikan.
- Inilah kejayaan terbesar novel ‘Friends Forever’ ini. Amat jarang sekali isu bahasa Arab ini diangkat dalam novel.
- Penulis novel telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan dirinya yang merupakan pelajar jurusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan di UIAM.
- Tetapi satu sahaja, saya mengharapkan agar banyak istilah bahasa Arab yang diselitkan di sebalik cerita namun tidak digunakan secara meluas.
Sedikit kelemahan yang ditemui
Sebagai pelajar jurusan Pendidikan Bahasa, saya tak dapat lari daripada mengesan beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang terdapat dalam novel ini. Mungkin juga typing error dan kesilapan teknikal. Boleh diperbaiki pada cetakan yang akan datang. Chaiyok-chaiyok.
Kandungan bab. Lebih manis jika setiap bab ada tajuknya. Hehe…lebih membuak semangat untuk membaca. Sekadar cadangan. Ohya, ada 19 bab dalam novel ini.
Intiha
Sesuai dengan genrenya, novel tarbiyah remaja. Sememangnya novel ini sesuai dijadikan hadiah buat sahabat (memang kena dengan judul tu), sumber motivasi buat adik-adik dan pencinta bahasa Arab yang mulia.
Kalungan tahniah diucapkan kepada Cik Ila Husna atas kelahiran novel sulungnya ini. Semoga ada sambungan dan kelahiran novel kedua, ketiga dan seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT. Menulis itu suatu amanah. Semoga novel ini bermanfaat untuk semua.
Coretan bermakna.
Mahal ni, tanda tangan penulis novel.
Jangan lihat tarikh tu, nampak sangat lambat bebenor saya buat resensi ni
Nota Kaki = Bagi yang belum membaca, boleh dapatkan segera di sini-----> mphonline dan di sini juga iqramall.com dan lain-lain.
Memang tak rugi beli.
Ada ilmu yang dapat kita pelajari dan bagi yang dah tahu boleh refresh kembali.
Monolog = Berangan nak ada novel juga. Suatu hati nanti. Doakan.
Memang tak rugi beli.
Ada ilmu yang dapat kita pelajari dan bagi yang dah tahu boleh refresh kembali.
Monolog = Berangan nak ada novel juga. Suatu hati nanti. Doakan.
Harus berusaha.
Comments