Sahabat Setia Maya

AWAS!!!

"Aku anak kampung yang lahir dan dibesarkan bertemankan hutan dan sawah bendang. Anak jati Kedah. kehijauan alam dan biru awan mengajar aku untuk melihat ke atas dan ke bawah. Seorang yang bukannya baik pun, nakal dan tersendiri. Sukakan kesepian, damai melihat keramaian. Aku seorang daripada makhluk Allah yang melata di bumi punya kelebihan dan kekurangan. Selidiki dahulu apa yang kalian baca di sini, bimbang tersalah... "

Sunday, November 29, 2009

BERANGAN JAP!!!

Lagi beberapa hari, keputusan peperiksaan akan diumumkan. Dan aku adalah insan malang yang paling tak menantikan detik ini. Aku spesis manusia yang suka menghadapi peperiksaan, namun paling liat jika mahu dilihat keputusannya... Mengapa??? Lihat dan tanyalah diriku sendiri...

Apabila keputusan sudah di tangan, tentu adatnya ada perbandingan.. Melihat mana yang lebih elok, mana yang sangat teruk... Namun hakikat dan kenyataan yang perlu kamu cernakan dalam diri, aduhai Jamilah adalah bagaimanakah usahamu yang memungkinkan Allah memberi yang terbaik untukmu.

APAKAH USAHAMU???

Seringnya aku mengeluh kala hajat aku tak tercapai. Namun tangan tak pula diangkat saat nikmat yang beri mencurah-curah. Terasa diri ini sangat besarkah? Bandingkanlah dirimu dengan semut yang melata di tanah sekalipun, kamu hanyalah seorang insan kerdil yang menumpang tanah Ilahi...

Pada coretan diari ini, aku mahu memasang angan-angan untuk sem depan... Angan-angan???
  • Nak mulakan projek menyewa buku. Daripada aku simpan buku dalam almari baju, lebih baik aku cuba buat bisnes ini... Pernah cuba di Nilai, dapat juga sesen dua...
  • kena simpan duit untuk tambah RAM laptop... Kasihan, gerakannya seperti kura-kura nak balik tidur... Laptop kesayangan yang dibeli dengan wang saku Matrik... laptop yang tahan lasak dan antara barang kesayangan aku... Aku spesis kena guna barang murah, nanti cepat rosak...
  • Bulan 4 tahun depan tentu ada pesta buku... Hm, kalau tak ada duit, melepaslah peluang nak ke sana. Rasanya waktu semester pendek ketika itu... hehe... :)
  • Kena ada sebuah novel yang SIAP!!! Insya allah.. Doakan aku dapat laksanakan...
  • Tulis, tulis juga! Pelajaran jangan letak tepi. Orang bagus dapat buat banyak benda sedangkan masanya juga ada 24 jam... Walaupun aku tak sibuk seperti orang lain, kena juga tahu bahagikan masa... Kata orang itu, senang saja, ada JADUAL!!!
Aku sudah selesai berangan-angan... Memasang tekad sebelum sem baru bermula... Aku sedar bahawa aku adalah apa yang aku rancang, yang aku fikir.. Perlu positifkan diri, susah mana sekalipun, katakan boleh. DIA tahu yang terbaik buat kamu, Jamilah...

Haha, dah habis merapu hari ini... :) Wassalam...


sign
BACA SELANJUTNYA - BERANGAN JAP!!!

Saturday, November 28, 2009

MARATON NOVEL!!!

Assalamualaikum....

Cuti ini mulanya terasa membosankan. Sedangkan banyak buku menanti untuk aku baca. Bukan hanya tilam seinci yang menunggu, tidak sekadar laptop yang kini perlu masuk bengkel lagi... Setelah dua tiga hari, aku belek-belek buku yang telah lama aku beli dulu, ketika Pesta Konvo IIUM, Oktober lalu.. Akhirnya, sampai hari ini, berjaya juga aku hadamkan tiga buah novel...

Sekarang sedang memahami lenngok bahasa Kak Nisah Haron dalam lentera Mustika... Masih di awal bab walaupun dah lama aku beli buku ini. Mengambil masa juga aku mahu menghabiskan novel ni.

Aku nak contengkan di sini, perihal novel-novel yang dapat aku sudahkan pembacaannya.



"Sigaraning-Imaen
Dame Zoete Sarah-Khairyn Othman
GTO Guru Terhebat Olan-AD Mirzai"


DAME ZOETE SARAH
Sebelum ini aku sudah membaca Zahrah de Tigris. Dan novel ini tetap ada kesinambungannya daripada novel itu walaupun ceritanya memang berlainan sekali. Watak utamanya bukannya Nisa tapi Sarah.

Cerita dunia kewartawanan. Karier yang dilihat seperti mudah, namun, sebenarnya banyak cabarannya yang perlu ditempuh untuk menjadi seorang wartawan yang berjaya... ya, setiap bidang ada cabarannya yang tersendiri....

BERBALIK KEPADA NOVEL... Aku tak mahu menceritakan sinopsis novel, sekadar berkongsi pengalaman aku kembara bersama novel ini selama dua hari...

Cerita bermula apabila Sarah yang baru pulang daripada satu sidang media, mahu diragut seorang lelaki, namun terselamat.. tapi, sebenarnya dalam tas tangannya sudah termasuk satu ramuan dadah baharu yang akhirnya menyebabkan dia diburu. Banyak peristiwa yang dikaitkan dengan dia hingga sampai menjadi buruan polis dan orang jahat.

Ceritanya bergerak lancar sampaikan aku tak mahu tinggalkan bacaan setelah memulakannya. Memang aku suka buah tangan khairyn Othman yang terbaru ini, ada unsur thriller, ada sifat keberanian, ada ketabahan, ada erti persahabatan dan makna kepercayaan.

nak tahu apa jadi? Kenalah baca sendiri novel yang berjaya membuatkan cutiku kali ini terisi ini...

SIGARANING.
Novel ini aku beli kerana ada pengarangnya yang sedang menjaga booth Jemari seni ketika Pesta Konvo lalu. Kesempatan untuk mengambil autograf tidak aku sia-siakan, lantas buku terbaru beliau aku capai.

SIGARANING... Apa maksudnya? Bacalah buku ini..

Buku Cinta? ya, buku ini ada terselit kisah cinta lelaki perempuan, keadaan lelaki yang keputusan cinta, namun aku percaya itu bukanlah ramuan utama novel ini. Sekadar untuk menarik perhatian remaja yang gemarkan cerita cinta.

Lama juga, dua hari untuk aku habiskan novel ini.. Setelah ditolak aktiviti lain yang aku lakukan...

novel ini berkisah tentang Ali, pemilik pasar mini yang menemui duit dua juta, yang merupakan milik perompak dan pengedar dadah yang bergaduh dan terlibat dalam kemalangan. Dia mengambil duit itu namun menyesal kemudiannya... apakah yang dia buat dengan duit itu? jawapannya ada dalam buku ini..

Sigaraning banyak mengajar tentang tentang perangai Melayu kita sebenarnya. Aku percaya, itulah ramuan utamanya. Menyedarkan aku, dan kita khususnya masyarakat melayu yang sangat suka menyokong bangsa lain, namun sering memandang rendah pada perniagaan kecil orang melayu.. Ada kesinisan, pasti ada yang terasa, ramuannya lengkap dalam ini untuk mencetus kesedaran...

Walaupun di belakangnya tertulis novel ini punya unsur thriller, aku rasakan tak banyak, lebih kepada cerita tentang sikap orang melayu, kehidupan ali (watak utama) dan orang sekelilingnya.

ada sedih, ada suka....

Cubalah baca sigaraning, pasti anda terasa... Jika anda mahu merasa!

GTO Guru Terhebat Olan
Buku ini bukanlah milik aku. Seorang kawan meminjamkan, menggunakan sistem barter. Aku pinjamkan dia buku, aku dapat buku ini..

Ketika mula selak-selak GTO, aku dapati ia seakan-akan sebuah drama jepun, tajuknya TUT! TUT! TUT! (Tak bolehlah cerita...) Cerita jepun yang aku suka sebab menceritakan kehidupan pelajar-pelajar sekolah.

GTO juga begitu! Aku suka kerana kisahnya kisah budak sekolah! Budak kelas paling hujung dalam sekolah pandai. pelajar yang ada potensi, namun tidak disenangi guru-guru(mungkin boleh jadi idea, aku buat cerita tentang kelas aku semasa di SMKAB.. aku kelas hujung juga, banyak ceritanta.. hehehe)

kasihan pelajar kelas 4J (4 Jaya), mereka yang berada di sekolah elit dalam kelas projek. Perangainya pelbagai, setiap murid punya laku yang berbeza, jika guru biasa pasti pening kepala...

Malangnya, cuma satu yang aku rasakan novel ini kurang menyengat. aku terbayang-bayang cerita jepun yang aku tonton ketika membaca novel ini.. Tapi, aku angkat jari jugalah dengan AD Mirzai yang mengarang sebuah novel tentang budak sekolah, ada cerita guru. Aku minat benar kisah begini.. (Ops, tapi aku tak mintalah untuk jadi guru..)

Pasti anda gelak, pasti ada kesediahan bertandang ketika membelek GTO... Betapa senakal manapun seseorang, dia tetap ada sisi baik yang ada kalanya kita yang abaikan. Kita katakan mereka main-main...

Nak tahu lebih lanjut, kenalah baca GTO!!! aku dah habiskan, memang seronok! Aku suka! Aku suka!

Penat juga jemari nak mengatur kata, bercuti, jemari dah kurang lancar nak menaip papan kekunci... Ada cerita aku berceloteh lagi di diari ni...

p/s: Doakan laptop aku yang nak kena masuk bengkel... Semoga sakitnya cepat sembuh.. Ada khazanah dalam tu.
sign
BACA SELANJUTNYA - MARATON NOVEL!!!

Thursday, November 19, 2009

Luahan Jamilah 2


mahu jadi air yang mengalir... bukan hanya memercik.

Assalamualaikum..

Sebelum laman ini aku tinggalkan, mahu aku coretkan beberapa patah kata..

"Peluang yang ada depan mata hanya sekali datangnya. Jika tidak direbut, maka hilanglah ia."

mengapa aku katakan begitu? Aku sedang mengata pada diri sendiri. Diri yang selalu leka dengan peluang yang ada depan mata.. Kita sering nampak apa-apa yang ada nun jauh di depan, namun sering kita tak endahkan peluang yang sepatutnya direbut. Peluang yang terbentang di depan mata. Kita sering inginkan perkara yang hebat-hebat, sedangkan kita tak sedar perkara kecil yang kita lakukan itulah yang mendorong kepada kejayaan yang besar..

Aku berbicara tentang aku.. tentang diri aku...

Kita sering biarkan air mata mengalir kerana menonton cerita rekaan manusia,, sedangkan air mata yang mahal dan menjadi saksi di akhirat, kita tak alirkan dia untuk emnangis kerana dosa... Alangkah ruginya aku.. Oh, alangkah ruginya aku..

Aku sedang cuba mengkoreksi diri..

Kita suka cakapkan tentang orang lain..

"Budak A ada jerawat."

"Budak B tu couple.. bukan budak baik."

Kadang kita buka rahsia yang orang lain ceritakan, dan patutu kita simpan.. Aku selalu begitu.. Kadang-kadang bila iman itu ada, rasa menyampah + meluat dengar dan cakap tentang orang lain... Tapi mampukah kita jika hanya berdiam diri?

"Mencegah dengan hati juga boleh.."


Pernah air mata mahu mengalir, hati sakit mendengar perbualan tentang orang lain, dalam keadaan sedang berdiri tegak solat... Ya Allah, bagaimanakah solat yang dilakukan ketika itu? Badan menghadapmu, sedangkan telinga mendengar maksiat...

Ampunkan aku, Ya Allah..

Dulu, suatu ketika aku senang dikelilingi manusia-manusia baik. Kini, aku larikan diri daripada mereka. Bila berselisih, aku seperti buta, tidak nampak mereka... Aku seperti mahu jauhkan diri.. Aku mahu jauhkan diri... Kerana diri aku sekarang yang berbeda daripada dulu...

Ah, banyak pula aku berceloteh...


Buat kalian yang semua yang bergelar saudara aku, walaupun tidak berjumpa, walaupun tidak kalian kenal dengan insan bernama Jamilah ini...
*Doakan aku tidak jauh tersasar
*Doakan aku berjaya dunia Akhirat
*Doakan aku jadi anak, isteri, nenek dan hamba yang baik

Aku doakan semua yang terbaik.. Kita semua hebat, cuma bagaimana kita manfaatkan kehebatan kurniaan Allah itu.. Semua kita punya akal, punya hati dan punya indera...

Wassalam...

(kredit gambar)



sign
BACA SELANJUTNYA - Luahan Jamilah 2

Tuesday, November 17, 2009

..TAMATNYA SEM INI>>>


GEMBIRAKAH APABILA PEPERIKSAAN SUDAH TAMAT???


Alhamdulillah, akhirnya kertas terakhir peperiksaan dapat aku langsaikan hari ini, dengan mata yang hanya separuh terbuka dan kepala yang sudah bergoyang... Memikirkan apakah pula keputusannya? Haha, begitulah aku, tak mengenal erti serius!

Keluar dari dewan peperiksaan dengan senyum besar, sedang hati sudah seakan mahu pecah empangan tangis... Barulah padan dengan muka yang suka belajar saat-saat akhir. sedngkan ada cuti seminggu sebelum kertas ini. Memang aku dah agak beginilah akhirnya, dan aku dapat apa yang aku nak. Tak ada sebab nak kecewa kan?

Aku terima walau bagaimana sekalipun keputusannya. :)

*kredit gambar



sign
BACA SELANJUTNYA - ..TAMATNYA SEM INI>>>

Sunday, November 15, 2009

..MELAKA...




Hari ini seharian melawat bandar Melaka.
Dalam renyai hujan,
Masih ramai di bandaraya bersejarah ini..


Pengalaman yang bermakna...
sign
BACA SELANJUTNYA - ..MELAKA...

Related Posts with Thumbnails
Diari ini mula dicatat pada 1 Ogos 2009 oleh JAMILAH MOHD NORDDIN

Redha-In Team