Skip to main content

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: Kembali

Lama aku tidak menumpang tulis dalam manuskrip bawah meja. Bukan ada apa yang mengganggu, cuma jemari ini tidak tergerak untuk menulis langsung di sini. Jadi Durrah diamkan diri buat seketika. 1 Julai, tergerak pula Durrah mahu mencoret sedikit kata.

***

Aku menyimpan hasrat
Tersimpan di jiwa paling dalam
Sesungguhnya dalam setiap yang terjadi
Terselit sangat banyak pelajaran yang tidak aku dalami.
Terus.
Aku akan terus berdiri di sini.
Angin rindu yang berpuput,
Sampaikan salam rindu dan doaku padanya.
Biar mata tidak bertentang,
Hati tidak melupa.
Seorang pesalah –aku-
Memohon diri dimaafkan.
Sesungguhnya kesakitan yang tidak terlihat itu
Siapakah yang dapat mengubatnya selain Allah.

Pintalah, Aku akan kabulkan.
Justeru,
Pohonlah kebaikan.

***

Dalam perjalanan yang singkat dan menuju akhir ini, terlalu banyak peristiwa yang telah terjadi dan akan terjadi. aku juga tidak terkecuali. Kebodohan-kebodohan yang ditunjukkan diri sendiri hampir memakan diri aku. Namun Allah sentiasa selamatkan daripada terjatuh dalam lembah curam.

Hampir terjatuh, Allah sediakan tangan-tangan yang menarik tangan ini daripada jatuh ke dalam jurang kejahatan.

Insya Allah, dalam kesempatan yang berbaki, Durrah akan cuba catatkan cebisan-cebisan kenangan yang tertinggal. Semoga kelak apabila aku terbaca kembali, aku akan sentiasa ingat yang aku selalu jatuh, dan dibangunkan. Aku hampir tenggelam dan diselamatkan.

Durrah Nur Aqilah.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...