Skip to main content

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 2] : Pesan Ibu Suatu Hari ...

CATATAN HATI DURRAH NUR AQILAH  : [CATATAN 2] :  PESAN IBU SUATU HARI
PENULIS: ILA HUSNA


Aku tidak mahu memandang sesuatu dengan pandangan buruk. Aku mahu meihat sesuatu dnegan pandangan positif. Bersikap optimis. Melalui kehidupan dengan senyum dan penuh kegembiraan. Walaupun aku tahu apa yang berlaku tidak menyenangkan hati,aku mahu melaluinya dengan rasa lapang dada.

Rasa seperti diri ini pesimistik. Mungkin kerana diri ini suka memandang sesuatu tanpa mengambil 'ibrah.Khilaf diri kadang menghambat sampai dalam mimpi. Namun aku sekadar berkata di sini. Tiada apa-apa yang aku lakukan.. Seperti tidak tahu untuk bertindak.

Aku tahu tidak wajar aku terus membuang semua kenangan. Namun itulah yang aku lakukan. Seakan-akan aku tidak mengenali semua itu dan aku suka jika mereka melupakan aku...

Pertemuan terakhir aku dan mak tepat  hari pertama aku melangkah ke dewan peperiksaan. Demi mak, aku ingat pesan mak. Lalu, kata itu aku jadikan azimat menerus perjalanan.


***

PESANAN IBU KEPADAKU

Masih terngiang-ngiang di pendengaran ini,
Suara seorang ibu,
Tatkala tekun mengasah pisau di suatu sore,
Persiapan buat menorah esok,
Mencari sesuap nasi buat keluarga.

Adik,
Belajarlah rajin-rajin,
Ubah kehidupan kita.

Kata-kata itu ku jadikan tangkal azimat,
Meneruskan sebuah kehidupan meski seringkali rebah,
Kata-kata-kata itu adalah peniup semangat,
Bekal tika aku jatuh tersungkur.

Ibu,
Walau apa yang terjadi,
Ibu tetap segar di ingatan,
Pesananmu memagari kehidupanku,
Aku pasti teguh bersama amanatmu.

Akan ku kalungkan al-Fatihah,
Jua bingkisan doa,
Dan akhlak yang baik,
Agar tenang,
Kehidupan ibu,
Di alam baru,

Al- Fatihah…

***

Sesungguhnya aku rindu tidur di ribaan mak. Makan air tangan makwalaupun hanya nasi putih berlaukkan telur goreng mata kerbau. Sangat sedap. Kini, semuanya hanya kenangan.
Aku kembali mengimbau pesanan mak yang akan sentiasa lekat dalam ingatan.

"Durrah, dalam hidup ini kita tidak akan dapat semua dalam satu masa. Ambillah masa anakku untuk belajar semua benda. Tidak semua kita akan dapat dengan pengalaman. Kerana itulah kita kena bergaul, Durrah..."

"Durrah! Hidup kamu tidak panjang. Selagi Allah berikan kamu peluang sihat, hidup, ada masa, gunakanlah sebaiknya... Hanya itu pesan mak."

"Durrah, mak sayang Durrah. Lakukan yang terbaik. Bukan untuk mak. Untuk Allah, Rasul dan agama Allah. Durrah mesti rasa yang Allah hadirkan kita ke bumi dengan tanggungjawab.

Buatlah kerja Durrah dengan rasa ikhlas dan perasaan suka. Buang segala rasa benci dan tidak mahu. Apa sahaja, lakukan yang terbaik."

Terima kasih, mak....

...bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...