Skip to main content

(^_^) & Friends Forever, Ila Husna.

6 Julai 2012 saya menjejak Galeri Ilmu Sdn bhd di Kota Damansara kali kedua. Kali pertama saya ke sana mengikuti pertemuan penulisan GISB. Allah izinkan saya ke sana lagi dengan bantuan Ainul dan Humaira. Mereka bersusah payah membantu saya mengangkat kotak buku yang berat semalam. Semoga Allah lindungi kalian.

Alkisahnya, jam 9 saya sudah bersedia untuk meninggalkan UIA. Sarapan -ini penting supaya tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini. Serik dengan apa yang terjadi sebelum- sebelum UIA kami tinggalkan. Jam 10 UIA kami memulakan perjalanan.

Mengambil Rapid KL 231 menuju Stesen Putra sampai KL Sentral. Apabila ditanya meja pertanyaan di situ, gadis yang menjaga kaunter menunjuk arah.

"Naik LRT ke Kelana jaya. Kemudian, ambil teksi atau bas."

Kami berpatah semula menaiki LRT yang sudah kami tinggalkan tadi.

Perjalanan diteruskan.

Di Kelana Jaya, kami mencari bas seterusnya. Tiada yang sampai ke destinasi yang kami mahu tuju.

Akhirnya teksi juga menjadi pilihan.

RM20.

Mendengar kisah pemandu teksi yang ramah melontar bicara. Saya jadi malu sendiri sendiri dengan pengetahuan am yang sangat rendah.

Dipendekkan cerita, kami tiba di GISB dan encik pemandu teksi meninggalkan kami.

Humaira menekan loceng Astana Karya.

Pintu dibuka.

Saya sudah melihat dua buah kotak yang memuatkan buku-buku yang dipesan. Dua buah kotak.

Akhirnya aku mengangkat kotak dan kecil dan Maira dan Ainul mengangkat kotak nan berat itu.
Sangat berjasa mereka menolong saya. Siap beli tali 10 meter.

::)

Perjalanan pulang? Itu saya tahu. Rapid U88, dengan tambangnya RM2.50 ke Stesen LRT Bangsar.

Pulang UIA dengan ria.

Sekarang, masa untuk menjual buku yang terbeli.




Alhamdulillah,
sekarang Friends Forever sudah berada di tangan,
Jika ada sesiapa yang mahu membeli secara terus melalui Ila Husna 
boleh tinggalkan pesanan. 

:)

Terima kasih Ainul & Maira.
Semoga Allah lapangkan urusan kalian dan redha kalian dunia Akhirat.
Uhibbukum fillah!


Jamilah Mohd Norddin / Ila Husna
UIAM.
2012.

Comments

Umairah. said…
eh, dah ada?
umy nak. hehe
belum baca lagi buku sahabat umy.

tahniah untuk permulaan bisnes yang sangat best, mashaAllah. moga Allah permudahkan lapangan ini untuk jamilah.

ps: suka tengok kawan-kawan yang indipenden. terkagum dan terinspirasi, seriusli. XD
ya, umy. boleh jika mahu.

Amin. Saya membantu membantu kakak cuma..

ps: Hm, saya belum indipenden. masih bergantung wang keluarga. Umy juga, nanti sudah mahu grad dan akan masuk alam pekerjaan. :)
Anonymous said…
aktif jamilah sekarang...
sangat seronok!!!
Nur Suhada said…
Harap masih belum terlewat untuk sue ucapkan tahniah atas penghasilan novel itu. Semoga mata pena Kak Jamilah semakin tajam untuk menelusuri lembaran penulisan. :)

p/s: Sue mahu mendapatkan Friends Forever satu! Boleh membelinya dengan akak?
Tentu sahaja boleh membelinya terus daripada akak.:)
lalalala...

:)

mode gembira.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...