Umpatan
dan aku seperti daging dan kulit yang sudah bercantum. Melihat sesuatu yang
bukan kebiasaan mata, hati cepat membaut onar. Akal berkata perkataan yang
pahit disapa pendengaran.
Bisikan-bisikan,
kata-kata, malah pelbagai gaya dan
perkataan lagi sudah aku ungkapkan jika ada sesuatu yang mengisi pandangan. Aku
payah untuk memuji namun cepat mengeji.
***
Bip,
bip.
Aku
membuka peti masuk telefon bimbit, melihat pesanan ringkas yang baru diterima.
Salam,
adikku yang dikasihi, akak nak ajak adik menyertai kem ibadah minggu ni.
Percuma! Banyak aktiviti menarik yang diatur. Harap adik dapat berikan jawapan
segera. ;-)
Hati aku
mendongkol. Untuk apa semua ini? Aku ke sini untuk belajar. Aku ada asas agama.
Jahil sangatkah aku? Sudah berkali-kali Kak Huda mengajak, aku hanya menolak.
Katanya, kita perlu mempersiapkan diri dengan tarbiah islamiah yang lengkap,
supaya tidak terkapai-kapai apabila tamat pengajian kelak. Supaya kita tidak
hanya menjadi pengikut buta.
Aku kurang
faham, namun aku diam. Aku simpan persoalan hanya dalam diri. Tiada siapa tahu
apa yang aku ragukan. Aku malu. Memang malu tidak bertempat. Orang selalu cakap
orang malu tersesat jalan.
Aku segan menolak ajakan kak Huda. Aku
membalas mesejnya.
"Insya
Allah."
Aku
sampai di Masjid Raudhah, di pinggir negeri Sentosa, sebuah perkampungan di
selatan Negeri Damai Abadi. Kehadiran aku di sini tanpa ada kenalan. Hanya
mengenali Kak Huda.
Pagi
Jumaat itu memberi aroma baru bagi indera aku. Di kelilingi teman-teman yang
kebanyakannya bertudung labuh, āsedangkan aku bertudung biasa- namun amat
mesra. Semuanya muslimah, memberi ruang selesa untuk peserta dan fasilitator
berinteraksi. Mata sempat memerhati bilangan peserta yang hadir, yang aku
anggarkan seramai 100 orang.
Masjid
Raudhah tidak semewah Masjid Mutiara, di negeri penyu bertelur. Hanya binaan
batu dua tingkat dengan dekorasi ringkas. Kesederhanaan inilah yang memberi aku
ketenangan. Tidak serabut mata memandang ukiran melampau dan menyesakkan mata
untuk beribadah. Bahagian bawah untuk muslimin bersolat dan bahagian atas untuk
muslimat. Warna hijau mudanya menyedapkan pemandangan.
Aku rasa
tenang menerima pelukan kakak-kakak yang sedia menanti di situ. Lenyap segala
prasangka. Aku terharu dan tersentuh, namun menghadiahkan senyuman lebar.
Terasa Tuhan lorongkan aku pada jalan yang betul. Aku harapkan akan dapat
sesuatu untuk dibawa pulang. Aku rasa doa aku selama ini untuk berubah
dimakbulkan.
Aku
banyak buat salah sebelum ini. Tetapi aku yakin Allah Maha Mengetahui yang aku
mahu bertaubat. Kematian seorang sahabat seusia, teman baik aku, menyuntik rasa
ingin berubah. Mati tidak mengenal usia tua atau masih hijau. Aku takut tidak
dapat menjawab soalan kubur. Aku mahu mati dalam iman. Kematian sahabat aku ini
menjadi titik mula aku mengenal solat taubat.
Doa
untuk berubah! Kejahilan semalam menghantui diri aku. Tetapi aku membiarkan
diri tenggelam dalam dosa. Tidak sedar maut itu tiada isyarat. Sudah baligh pun
aku suka melewatkan solat, kadang-kadang terlepas. Lebih-lebih lagi, solat
Subuh. Erat benar syaitan menyelimutkan aku, hingga sukar meleraikan selimut
daripada tubuh. Astagfirullah..
Terimalah
keinsafan yang mengalir dalam diri ini, Allah.
Aku
menutup aurat sekadar syarat dan peraturan sekolah. Di luar, jika terasa panas,
aku membiarkan rambut terdedah.
Allah
lorongkan aku jalan membuat perubahan. Aku perlu kuat, sekuat Asiah yang hidup
bersama Firaun, namun tetap kebal akidahnya. Seteguh Masyitah ātukang sisir
anak Firaun- mempertahankan agama. Setabah Sumayyah dan keluarganya walaupun
diseksa sangat pedih. Mereka wanita mulia yang diangkat namanya dalam al-Quran.
***
"Selamat
datang adik-adik yang akak akungi. Tahniah dan syabas kerana adik-adik
merupakan insan yang Allah pilih untuk berada dalam satu daripada taman-taman
syurga." Kak Huda, selaku wakil urusetia memberi amanat.
Aku
mencatat isi-isi penting, sebagai rujukan. Aku berusaha ikhlaskan niat. Bulat
kerana Allah. Lupakan niat sebelum ini. Seperti peserta lain, aku mahu memberi
peluang kepada rohani aku menerima santapan. Santapan paling sedap adalah
manisan beribadah pada Allah.
Aku
yakin semua yang hadir di sini punya sejarah hidup tersendiri. Semuanya mahu
memberi hidangan baru pada hati. Meneguk cinta Allah dan menadah rahmat-Nya.
Aku tidak
mahu ilmu ini lesap selepas keluar daripada masjid ini. Aku terfikir, memang
kita sebenarnya insan terpilih. Bayangkan dalam banyak-banyak sperma, kita yang
terpilih hadir di muka bumi, memegang amanah sebagai khalifah.
Kita,
yang lahir di dunia ini, Allah tentukan untuk mentadbir muka bumi. Kita perlu
siapkan diri sebaiknya.
Aku tidak
boleh dan enggan berpaling. Aku perlu teruskan hidup, mesti ubah diri, justeru
bersedia, tekal lupakan kepahitan silam. Bukankah sebelum ini Islam pernah
gemilang kerana kekuatan rohani para penganutnya?
Sedangkan
masyarakat sekarang? Apakah yang tinggal kini? Aku biarkan persoalan ini berlegar
di kepala. Semalam adalah kenangan yang tidak perlu dikenang, aku perlu
mencipta esok yang gemilang agar tidak jadi seperti masyarakat Musyrikin.
Mereka tersesat dalam dalam terang cahaya nubuwwah. Celakalah orang yang
semalam lebih baik daripada hari ini.
Aku
teringat kisah pengikut nabi Musa yang terlalu banyak meminta. Diberi makanan
manna dan salwa yang didatangkan dari syurga, dipinta pula makanan lain.
Padahnya mereka menyesal. Menyesal dahulu untung, menyesal kemudian malang.
Kak
Hidayah menghulurkan sehiris epal yang merupakan barang amanah. Nampak mudah
namun sehiris epal itu perlu dipastikan sentiasa dalam keadaan baik. Setiap
peserta punya kreativiti tersendiri untuk menjaganya.
"Bagaimana
ya? Nampak remeh, tapi tidak mustahil akan diambil orang. Terdedah, tentu cepat
warnanya bertukar." Aku bersuara pada diri sendiri.
Akhirnya,
dengan cermat aku balutkan dengan kertas yang dibekalkan, -kertas untuk
mencatat nota- sebelumnya dilapik tisu beberapa helai. Janji aku, tidak akan aku
buka pembalut itu selagi tidak diminta. Aku tidak mahu epal ini rosak. Aku
masukkan sehiris epal itu dalam fail.
Sesi
ceramah di dewan kuliah petang itu mencabar diri dan peserta lain. Perlu
bersila untuk tempoh dua jam, tanpa penghawa dingin menguji kami. Syaitan mula
mengambil peranan, disapu celak pada mata, mengantuklah anak adam. Disapu bibir
dengan gincu, pot, pet, pot, pet, kedengaran ada yang bersembang. Aku cuba
usir, tidak mahu terlepas masa berharga di taman ilmu ini berlalu sia-sia.
"Fiza,
bangun, ustazah panggil."
Terkejut
sahabat di sebelah aku yang sambil bersimpuh, tersengguk-sengguk. Kasihan aku
melihat. Bulat mata hitamnya. Dia memuncungkan bibir, marah dengan tindakan aku.
Aku tersenyum padanya. Dia masam, aku telah mengganggu tidurnya.
"Kamu
tidur. Aku cuma nak kejutkan."
Teringat
pesanan Ustazah Maimunah, penceramah yang diundang hari ini. Kita perlu menjadi
'seseorang' bukan jadi sesiapa sahaja. Kita perlu ingat, seandainya Allah
menuntut bayaran terhadap kurniannya selama ini, mampukah kita membayarnya?
Misalan,
Allah tuntut setiap deruan nafas dibayar 5 sen, hanya lima sen seminit, sejam,
berapa, sehari, berapa usia kita? Kita tidak akan mampu membayar. Hanya satu
tamsilan.
Nikmat Allah
terlalu banyak, hanya kita yang ingkar, tidak menilai pemberian Allah pada
kita. Mujurlah semuanya percuma, namun Allah tetap hisab di Akhirat kelak,
setiap yang dipinjamkan pada kita hari ini. Kita jangan mudah terpedaya pada
ajakan jeneral musuh dalam diri, yang menghasut pada mungkar dan kejahatan.
Mujahadah kita melawannya dibalas dengan pahala berganda.
***
Mendengar
kuliah subuh membuatkan aku termenung panjang. Tertanam satu semangat baru
dalam diri aku dan mungkin kawan-kawan. Rasa semangat untuk menghadiri kuliah
ilmu dan mahu menambah ilmu di dada. Aku banyak berdiam diri di sini, berfikir
apa yang aku lakukan selama ini.
Aku
selalu ingkar pada arahan mak ayah. Kadang-kadang ustazah, guru-guru dan
kakitangan sekolah menjadi habuan umpatan aku. Aku komen perkhidmatan dan cara
mereka belajar. Kerana itulah ilmu yang aku terima payah lekat dalam kepala.
Aku cuba
hitung dalam diam. Aku rasa takut, tetapi aku sematkan azam jitu untuk berubah,
pasti Allah tolong. Aku ingat pesanan Kak Huda semalam. Isikan masa lapang
dengan zikrullah. Habiskan masa dengan ingat mati. Basahkan lidah dengan
kata-kata baik.
Semalam aku
menangis dalam sujud solat malam. Lama aku tinggalkan solat malam, qiamullail,
menangis ketika berdoa usai solat wajib dan sunat, semuanya jarang aku lakukan
setelah tamat persekolahan. Umur menjangkau 20 tahun, namun leka pada kehidupan
dunia, lupa kewajipan sebagai hamba. Hari ini aku dapat ketenangan yang tidak
terucap.
Aku mahu
berikan makanan sebanyaknya pada rohani aku. Aku tidak rela menghadap Tuhan,
sedangkan kantung amalan kosong. aku takut, maut menjengah aku saban masa tanpa
aku sedar.
Sesi
ceramah kedua, mata aku basah lagi. Aku tidak mampu tahan sebak. Aku ingat apa
yang aku buat sebelum ini. Ya, aku buat sekadar ikutan. Aku tidak faham
sepenuhnya apa yang aku lakukan. Alhamdulillah, aku rasakan ada nur menyerap
dalam diri. Aku rasa lapang. Setiap kata-kata ustazah, masuk dalam fikiran. Aku
tidak mengantuk.
Malam
itu aku bertemu Kak Huda. Aku kongsi kekosongan aku dengannya. Aku ucapkan
terima kasih tidak jemu mengajak aku ke sini. Aku jumpa apa yang aku cari. Aku
lihat dia seka mata. Aku peluk dia, erat. Ada tautan ukhuwah di situ.
Aku
tidur lena. Kumpul tenaga untuk tahajud. Aku mahu kuat. Aku tidak akan lemah
seperti sebelum ini. Setiap orang yang mahu berubah, dan ada azam, Allah akan
tunjukkan jalan, itu kata Ustazah Maznah semalam.
Aku tidak
mahu pulang ke kampus. Mahu berlama-lama di sini, tetapi aku ingat, ada banyak
tugas yang perlu aku bereskan. Asal aku istiqamah, biarlah aku berubah sedikit
demi sedikit.
Aku mengenal
kawan-kawan dari pelbagai universiti, kolej, dan ada sedang menunggu pekerjaan
selama tiga hari dua malam di Raudatul Ilm. Kami berkongsi kisah dan aku dapat
banyak kisah menarik. Cara mereka memperoleh hidayah, cara mereka berubah. Aku
bersyukur datang ke sini. Allah, terima kasih.
Malam
terakhir. Sesi muhasabah. Layar di pentas menunjukkan video kebejatan akhlak
kini. Statistik anak luar nikah, bilangan anak muda terkorban kerana rempit,
remaja lari dari rumah, sempit dada melihatnya. Tidak sanggup aku hadapkan muka.
Terlihat
beban yang aku remehkan selama ini, tanggungjawab menyedarkan anak-anak muda
sebagai seorang yang kata faham agama. Aku tersedu.
Teman di
sebelah sudah teresak melihat. Aku sudah penat menangis. Aku mahu lihat dengan
mata hati. Buat penilaian dan fikirkan apa yang boleh aku buat selaku seorang
remaja. Mereka kawan-kawan aku juga. Aku tak mahu dipersalahkan nanti kerana
mengabaikan mereka.
Mungkin ketika dalam buaian mereka dihidangkan
dengan lagu, bukan alunan selawat. Mereka mengenal biduanita popular melebihi
mereka ingat kelebihan diri sendiri.
"Penyakit
sosial semakin parah. Kita hanya pejamkan mata? Kita hanya fikirkan diri kita?
Adik-adik yang akak akungi, cuba bayangkan mereka ini bangkit menjadi pemimpin
masa depan. Bagaimana keadaan negara? Apa jadi pada rakyat? Kita pelajar
terpelajar, fikirkan orang luar. Mereka yang tidak punya pelajaran agama,
tersesat dalam mencari cahaya, kita bantu mereka."
Aku
tunduk. Kata-kata biasa, namun tertusuk pedih di hati aku. Kena batang hidung aku.
Aku tidak endah masyarakat sekeliling aku, sibuk dengan diri sendiri. Aku tidak
terfikir kawan-kawan di luar. Asal aku dapat belajar, asal aku semuanya cukup. Aku
bersalah. Tuhan, berikan aku jalan pulang kepada-Mu.
***
Masa,
berhentilah berdetik untuk seketika. Sayu dengan perpisahan yang bakal menjadi
penutup pertemuan ini. Kami saling berpelukan, bermaafan, mendoakan agar ada
kesempatan untuk bertemu lagi.
Tidak
puas aku meneguk cangkir ilmu daripada mereka. Aku perlukan lebih masa.
Mintalah tempoh walau sesaat, masa tetap berjalan, menjalankan sunnatullah.
Hari ini, kami berpisah untuk sementara. Aku rasa tenang yang tidak pernah aku
kecap sebelum ini. Aku mampu senyum riang, aku mampu ketawa, aku mampu
menangis.
Allah,
temukan kami lagi di raudatul ilm, dapat kami bertukar fikiran, wacana,
pandangan hatta masalah. Aku pulang bukan dengan tangan kosong. Aku rasa puas,
syukur dan insaf.
Semoga
perpisahan ini mengajar aku erti rindu saudara seislam, belajar menghormati
saudara seagama, tahu menghargai rakan sekeliling, tidak bersikap keakuan. Aku
mahu dapatkan keredhaan dan pergi lagi ke raudatul ilm.
Comments