Titis-titis jernih menjadi air yang sangat murah harganya petang itu. Sudah lama tidak dibiar mata basah sendiri tanpa ada sebab. Perasaan suram petang itu. Kabut rasa sejak perasaan halus yang menjentik diri bukan sahaja menjemput selera maka dan lena tidurnya. Mata itu justeru basah sendiri. Hujan dalam panas yang hanya turun pada dua belah matanya.
Melawan musuh dalam sendiri lebih payah daripada menjawab soalan matematik tambahan ketika SPM atau mengi'rab ayat-ayat dalam nahu. Kekuatan hanya akan hadir pada diri yang kuat pergantungannya pada yang Satu.
Ya, aku terlalu 'pandai' menulis sedang hakikatnya aku yang paling gagal mengimplementasi dalam kehidupan. Aku hanya tahu lari, lari dan lari. Mendiamkan diri dalam semua keadaan.
Aku rindu mahu pulang ke kampung. Seakan aku terpaksa membatalkan rancangan untuk pulang melihatkan kondisi diri yang tunggang terbalik. Semuanya di luar kawalan dan di luar perancangan. Aku sedang dihanyutkan diri sendiri dalam barakahnya bulan Ramadhan.
Pada sela waktu, aku mahu berhenti mengucap beberapa baris kata namun masih aku ucapkan. aku tidak akan berhenti meneruskan sesuatu yang telah aku teruskan walaupun suatu hari jasad ini bukan berada di sini. Biarkan tulisan jadi kenangan walau ada kata-kata jadi duri beracun.
Menulis satu-satunya aktiviti yang saya tidak berhenti. Saya selalu mahu memadam semua tulisan, akhirnya berganti juga tulisan baru. Menulis itu cinta.
Benarkah?
Bagaimana belajar, wahai diri?
Comments