Bismillahirrahmanirrahim.
Aku sekarang sering kematian kata kala berbicara. Sedari dahulu hingga hari ini akhirnya aku masih mengulang perangai yang sama da tidak berubah. Sampai satu ketika aku menangis disebabkan apa yang aku lakukan oleh sendiri. Kerana hal yang kecil, air mata itu boleh menganak sungai.
Adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan?
Allah berikan keluarga yang baik, guru yang baik, teman yang baik..
Semuanya berjalan lancar dan aku bebas bergerak ke mana yang saya suka. Tetapi aku sering tewas dengan diri sendiri.
Ini kisah aku dan seorang pensyarah. Disebabkan masalah yang aku reka, aku diminta ke bilik beliau. Beliau yang aku namakan sebagai puan Y
"Assalamualaikum..." Aku mengetuk pintu biliknya tiga kali.
Lalu beliau menjemput aku masuk.
Aku diminta duduk dan diajukan soalan mengapa aku sering ponteng kelasnya?
Mengapa aku tidak ada pencapaian yang baik dalam pelajaran?
Mengapa aku larikan diri tanpa sebarang pesanan?
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Aku diam. Menjawab hanya ketika ditanya. Sedang dalam diri berlaku amukan yang snagat kuat. Aku seperti mahu keluar daripada bilik itu sekarang juga. Bilik yang disejukkan oleh pendingin hawa aku rasakan sangat panas. Berpeluh dalam sejuk.
"Saya mahu...."
"WHAT???" Suara puan Y meninggi tiba-tiba. Aku tunduk. Tanpa sedar air mata membasahi pipi.
Titik terlemah aku apabila ada yang meninggikan suara dan mara-marah. Aku jadi sedih. Hati aku akan kecamuk sendiri. Air mata akan layu menuruni pipi. Cuba aku tahan, namun ia tidak mahu berhenti.
Puan Y berkata yang aku perlu berjuang hingga ke titik akhir. Satu tahun setengah tidak lama. Aku bukan tidak boleh teruskan pengajian hanya aku yang tidak kuat melawan perasaan sendiri. Lalu semua tentang aku terungkit pada hari itu. Tentang pelajaran, keluarga, masalah..
Aku terasa seperti dikaunseling.
Katanya aku perlu bermula kembali.
Ingat ayah.
Ingat keluarga.
Ingat yang nanti tiada siapa yang mahu menyara pengajian kamu.
Ah, saya yang jadi serabut.
Secara jujur aku mengangguk sahaja pada hari itu. Sungguh aku diam sahaja depan puan Y tanpa mempertahankan keputusan.
Aku tarik semula keputusan....
***
Kata orang jika solat sempurna, sempurnalah yang lain-lain. Solat aku tentu pincang, kerana itu hati sering bolak balik.Jika ada yang bertanya, kadang senang aku bercerita apa sahaja walaupun ia membuka kelemahan. Kadang aku seakan mahu sembunyikan semuanya..
"Sebaik mana sekalipun seseorang, pasti ada titik kelemahannya kerana kita manusia biasa. Kerana itu peranan sahabat adalah untuk menguatkan. Sahabat yang saya mahukan ialah sahabat yang sama jantina sahaja, kerana saya hanya impikan percintaan selepas pernikahan. Saya tidak mahu anak saya kelak bercinta sebelum bernikah maka saya perlu bercinta usai pernikahan. Masih ramai sahabat yang sama jantina kita selain mereka yang lawan jantina. Saya tidak menolak fitrah bercinta namun semoga cinta tidak membawa kita ke neraka. Namakanlah ia cinta islami atau apa.. Ya Allah, janganlah aku diuji dengan cinta sebelum pernikahan. Amin. Peliharalah sahabat-sahabatku dan saudara seagamaku daripada cinta yang bukan pada masanya. Amin." -Ini pesanan untuk saya, diri saya dan kamu.
Durrah Nur Aqilah.
18.3.2011
Comments