Skip to main content

tamatnya drama hani


Semalam episod 13 drama Hani kegilaan aku. Maka berakhirnya 13 episod cerita yang padat dengan motivasi untuk bangunkan diri dan penuh syahdu. (oh, sangat suka menonto cerita sedih.)

Paling suka Hani sebab ia mengisahkan kisah yang diangkat daripada realiti yang terjadi dalam kehidupan. Dan cerita begini lebih meninggalkan impak dalam diri.

Daripada episod pertama, hanya beberapa kali aku tidak berkesempatan menonton Hani.

Hani yang menghidap barah otak namun hanya mendapat rawatan ketika barahnya sudah berada di peringkat keempat. Maknanya sudah parah. Ketika membuat pembedahan, ada dua pilihan untuknya, buta atau mati.

Dan akhirnya dia buta ketika berusia 17 tahun tanpa sempat mengambil SPM.

Bukan mudah menerima kenyataan yang menyakitkan, betul tak?

Dan Hani mengambil masa untuk menerima dan akhirnya dia masuk ke Pusat Latihan orang buta dan seterusnya ke Darul Quran.

Buta mata tidak semestinya buta hati. maka, wujud watak Aliah yang cemburu dengan kawan sendiri kerana Irfan (hero) meminati Hani. Setelah Hani buta, ibu Irfan menggesa Aliah mendekati Irfan hingga akhrinya mereka berkahwin. Namun Aliah masih cemburu. Watak Aliah ini menggambarkan seorang yang celik matanya belum tentu hatinya turut celik.
(heroin ummu hani: gambar daripada blog ustaz Zabidi Mohamed)
Akhirnya, barah hani kembali dan dia meninggal dunia ketika mahu Lapangan terbang untuk menunaikan umrah.

Sebelum itu, Hani telah berjaya menyiapkan jilid pertama al-Quran braille...

Subhanallah.

Dalam Hani juga mengupas tentang buku Saiful Islam, Bercinta sampai syurga dalam perlbagai aspek. Watak-watak dalam drama ini kebanyakannya menyentuh tentang buku ini.

-Irfan yang suka membaca buku ini kerana ia buku motivasi.
-Hani yang minat membaca buku ini setelah mendapati Irfan membacanya.
-Ayah yang mulanya melarang Hani membaca buku ini kerana anggapannya buku ini buku cinta.
-Tajul yang kata buku itu jiwang.
-daud (buta) membaca buku ini menggunakan tulisan braille.

jadi, bacalah bercinta sampai syurga.

=)

Sangat suka dan banyak sangat dapat motivas daripada drama Hani:

  • Allah uji sesuatu sesuai dengan keadaan hambanya. Mereka yang kuat Allah uji setara dengannya.
  • Buta mata tidak semestinya buta mata hati.
  • Jangan sampai cemburu menghilangkan rasa kemanusiaan dalam diri.
  • Belajar untuk take care.

Banyak. Banyak yang aku dapat daripada cerita ini. Bukan hanya cerita air mata, namun ada motivasi yang disuntik.

Baca tulisan penulis skripnya tentang hani yang sebenar... Tekan sini.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...