Dalam banyak bicara cikgu dalam kelas bahasa Melayu kerjaya hari ini, ayat ini terasa terkesan dalam diri. Sangat-sangat. Alkisahnya ada seorang pelajar kelas beliau yang dibar daripada final namun ibu bapa pelajar datang ke universiti untuk mengadu.. Menurut bapa pelajar tersebut, anak itu anak bongsu dan kakak-kakaknya sebelum ini tiada masalah sepertinya. Lalu, cikgu melafazkan kata-kata itu."mungkin dia sebagai anak bongsu lebih menguji."
Di langit ada cerita.
"Oh, anak bongsu, patutlah!"Pernah seorang pensyarah mengatakan begitu pada saya suatu hari ketika saya dipanggil beliau kerana membuat 'masalah'. Lalu saya terdiam.
Adakah anak bongsu itu secara tabiinya bersikap manja dan tidak kisah? Saya tidak dapat mengatakan ya, kerana di luar sana ramai anak bongsu yang sangat survival mengharungi kehidupan sedangkan mungkin saya yang terperangkap dengan 'dunia anak bongsu' saya. Lalu, saya seperti tidak mengendahkan apa erti tanggungjawab.
Hakikatnya, semua manusia hadir bersamanya ujian yang mengiringi kehidupan. Anak bongsu atau sulung ada kelebihan dan kekuranganynya.Kerana itulah kita saling melengkapi dan hadir ke dunia bersama satu tanggungjawab.
Tanggungjawab yang tergalas di pundak.
"Tidak aku bebankan seseorang melainkan sesuatu yang dia mampu tanggung."Allah hadirkan saya sebagai anak bongsu yang menjadi ujian buat ayah dan kakak-kakak saya. Kadang kelakuan saya di bawah sedar dan tidak terkawal hingga memeningkan kepala semua orang.
Kadang saya sebagai anak bongsu memikirkan yang saya tidak mahu menyusahkan semua orang namun akhirnya saya yang membuatkan air mata keluarga tumpah, dan marah.
"Pada anak bongsulah ayah sandarkan harapan jika tidak pada anaknya yang lain"
Aduhai si gadis bongsu, keluarlah daripada dunia ilusi itu. Walaupun tidak dapat kau rombak semua, sedikit pun jadilah! Kau anak bongsu harapan ayah. Mahukah melihat air mata itu tumpah kerana seorang anak bongsu yang dibesar sendirian setelah isteri meninggalkannya di dunia. Setelah isterinya pergi, suami inilah yang memasak dan menjaga si anak bongsu itu kerana yang lain semuanya bersekolah.
Gadis bongsu, bayangkanlah wajah ayah..
Ingat kerut pada wajahnya...
Sesungguhnya padamu tersandar satu harapan..
Conteng,
12:19..am@ ITD
Comments