04 August 2012

16. Pendek Yang Bermakna

Terus melangkah. Ya, aku MESTI terus melangkah!

Catatan-catatan sebelum ini:  [1][2][3][4][5][6][7][8][9][10], [11][12][13][14]
"Jejak-jejak yang kita tinggalkan  akan jadi kenangan. Kehidupan hari ini adalah ingatan pada hari hadapan. Bagaimana kehidupan hari ini, itulah ingatan yang akan ada dalam kotak fikir pada masa hadapan."  |2012|

***

Semester pendek tidak sampai kiraan sepuluh jari sebelum melabuhkan tirainya. Semester pendek selama tujuh minggu yang bersamaan 14 minggu semester biasa. 

Kali ini aku mengambil dua subjek teras : nahu dan sorof. Subjek yang sepatutnya telah dilunaskan pada tahun-tahun awal pengajian. Disebabkan aku suka -ambil-subjek-ikut-sedap-hati ditambah pernah masuk kelas sorof hanya dua minggu dan gagal bagi subjek nahu, aku ambil kembali semester ini.

Kali pertama aku mengambil semester pendek pada 2008 di Pusat Asasi UIAM Nilai bagi empat subjek kemahiran -kitabah, qiraah, istima' dan kalam,- yang penuh warna warni. Diperkenal dengan ustaz Azlan dan ustaz Khalid (beliau suka tersenyum) Semester paling mengujakan yang pernah aku hadiri.

Kali kedua, kerana mengulang tiga subjek. (baca coretanku di sini) Ia menggembirakan aku sebab untuk meminta kami meyediakan power point bagi setiap pelajaran yang akan kami belajar. Aku menjadi pelajar-yang-riang-ria membuatnya ...

Kali ketiga, aku sudah berada di Gombak. aku hanya mengambil satu subjek: Quanic Prophetic Texts bersama ustaz Hanafi. (aku menulis di sini) Masa yang sangat lapang dan kali inilah aku sertai konvoi Palestina, ke Cyberjaya dan lakukan macam-macam perkara bersama teman tersayang. Saya sayang masa itu.

Kali keempat, aku mengambil satu subjek juga : General Lingusitics bersama ustaz Esam Ali yang sangat baik dan suka tersenyum. Dalam kelas beliau hanya berdiri dan mengajar sepanjang pelajaran. Beliau pelajar perubatan yang akhirnya mengajar bahasa. beliau seorang  pakar dalam bidang lingusitics. (catatan di sini)

Inilah kali kelima aku mengikuti semester pendek. Insya Allah kali ini dua subjek yang aku ikuti. Nahu dan Sorof. Nahu bersama ustaz Baqir Yaakub dan Sorof bersama ustaz Yasir. Alhamdulillah. 

Semoga Allah mempermudah segala urusan ahli keluargaku dan teman-temanku tersayang. Sesungguhnya hanya dia Maha Tahu Yang Terbaik.

Insya Allah. Dua minggu kritikal akan jadi saat manis untuk diharung. Kali ketiga berpuasa di bumi UIAM Gombak yang meriah Ramadhan.

Selamat datang, semangat!
Selamat datang malam-malam Ramadhan yang penuh keampunan.
Allah, terimalah puasa kami!



"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

No comments: