hari ini hari terakhir untuk kelas kitabah, jadi kami adakan jamuan untuk ustaz khalid. Amat lumayan, hanya bayar RM2.00. Berbaloi le untuk sarapan. Pengerusinya seorang sahabat sekelas. kebetulan ustaz sebenarnya kurang sihat, namun tetap hadir juga ke kelas, YA ALLAH, rajinnya ustaz, tak macam anak muridnya yang malas ini.
Mereka persilakan ustaz memberi sepatah dua kata. Tentunya dalam bahasa Arab. memang tak faham seratus peratus tapiboleh ditangkap maksud ustaz. Ya, ustaz memang suka memuji, bak kata ustaz aku sebelum ini, orang sudan suka memuji walaupun kebaikan yang kita lakukan kecil sahaja... walaupun aku terutamanya dalam kelas terasa seperti kurang beradab dalam kelas. Memang, ustaz memberi ucapan dalam keadaan sebak. Sesekali kura tangannya mengesat mata.
tiba giliran wakil muslimat memberi ucapan, nampak benar air mata seorang ustaz. Mahalnya air mata itu... Ah, ustaz terlalu baik. saban hari menasihatkanpelajarnya supaya rajin membaca. Aku yang degil... Paling seronok, sesi bergambar ustaz pinjam songkok brothers... comelll. macam orang Malaysia pula lagaknya. Ustaz sentiasa tersenyum, beda benar dengan aku... Manis wajahnya.
ustaz Khalid, mengajar kami seperti mengajar anak-anaknya, ustaz banyak memberi, terpulang untuk individu mahu menerima atau tidak. Aku sering perhatikan ustaz, teringin untuk berbicara tapi ada benteng yang menghalang semua ini... Seperti ingin menjerit pun ada.
Comments