..PESANAN BUAT DIRI SENDIRI..
Aduhai sebatang tubuh yang dipinjamkan sebelum bertemu Yang Maha Satu,
Di manakah kau letakkan selayaknya dirimu?
Menjahanamkan ia ke lembah maksiat penuh kedustaan,
Atau membimbingnya menuju jalan Tuhan.
Hampir dua dekad kau menumpang, berteduh, bermain,
Tidak Tuhan ciptakan hidup sekadar pura-pura dan main-main,
Relesiasikan matlamat,
Berjaya di dunia, cemerlang di AKhirat.
Usah kau mimpikan jaya,
Andai iman kontang di jiwa,
Jangan kau igaukan kekayaan,
Jika hati setandus tanah rata.
Selalu,
Bukan sesekali,
Bukan kau selak dalam diri,
Ikhlaskah sujud saban hari,
Fahamkah kita makna kalam ilahi,
Atau baca tanpa memahami.
Aku menasihati diri,
Kau sering mimpi di siang hari..
7 Mei 2009
MAktabah level 2,
CFS IIUM.
*****
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, aku berada di minggu-minggu terakhir di Nilai, Insya ALLAH... Short sem yang pada awalnya aku hadiri kerana menurut kata hati meninggalkan memori yang amat manis untuk aku ingati.
Jika short sem yang lalu aku ditemukan dengan Ustaz Azlan dan Ustaz Khalid yang amat aku kagumi... Ustaz Azlan yang berjaya membuatkan aku buka mulut dalam kelas.. Perbentangan mengenai Faisal.. hehe.. Dan Ustaz Khalid yang tak lekang dengan senyuman dan amat tak kedekut markah.
Kali ini dipertemukan semula dengan Ustaz Maad dan Ustaz Majid.. Belajar subject repeat.. Walaupun namanya repeat seakan benda baru yang diajar kerana banyak isi-isi yang pelajaran yang aku belajar sebelum ini sudah terpadam. Terukkah aku? Begitulah jika apa yang dipelajari tak diniatkan dengan betul.. Dan usahan yang seciput sahaja. Oh Tuhan, semoga niatku tak terpesong untuk peperiksaan.. Aku mula nampak sedikit pentingnya subjek ini setelah ustaz tekankan aplikasi..
Selain buat power point, aku sekurangnya lebih explore microsoft word. Belajar buat nota menggunakan smart art.. lebih cantik.. lebih kemas. Sebab aku tak suka menggunakan tulisan tangan yang sangat ‘cantik’ ini.
Ustaz Maad yang tak kedekut markah dan amat banyak membantu aku untuk mendapatkan carry marks dengan memberikan assignment yang sangat tidak membebankan. =) Bila beliau katakan aku dan sahabatku yang seorang lagi telah melakukan yang terbaik untuk assignment, aku terharu.. Ah, aku yang malas melakukannya pada sem lepas. Tak sibuk pun, aku sibuk tidur dan melayan perasaan yang entah apa-apa.
Sem ini walaupun ada perasaan itu menyerang, sedikit-sedikit aku cuba halang walaupun ada kalanya ia seakan melunturkan semangat yang baru bertunas.. Bila aku dapat markah paling rendah dalam mid-sem.. (perlukah aku nyatakan di sini?) ustaz Majid masih mahu bantu dengan memberikan assignment tambahan.. Dan kebaikan yang beliau taburkan seakan sebuah tamparan aku rasakan. Panas hingga ketika aku berbicara dengannya pada hari itu, mataku panas, suaraku bergetar. Jika aku bersuara lebih banyah, nyata air mataku akan mengalir.. Ah, semua orang di sekeliling mahu lihat aku bangun, mengapa aku masih tak sedarkan diri?
Nak tahu, aku ada perangai buruk baru.. Buli sahabat aku yang comel, Rokiah.. Entahlah, aku rasa terhibur jika sehari tu ada usikan aku padanya.. Jangan marah, sahabat, itu namanya usikan sayang... Nanti tentu Rokiah akan rindukan usikan dan cubitan main-main aku.. Dan aku minta maaf jika ada yang Rokiah terasa dengan usikan yang kadangkala agak melampau..
Sarah, Kak Ema dan Mira yang sering menjadi teman aku makan sem ini.. Akhir-akhir ini, kita agak renggang.. Sibuk dengan urusan sendiri dan aku masyghul dengan perasaan yang sudah mati itu. Terima kasih atas segala bantuan berikan.. Pinjamkan duit.. Dan buat Sarah terutamanya, yang menjadi mangsa jika aku mahu online tapi tak punya laptop...
Kak Dila yang biliknya sering menjadi kunjungan aku tika Humaira ada, dan sekarang aku jarang berkunjung, kecuali jika mahu online.. Maaflah...
Sahabat-sahabat nahw seramai 15 orang yang sangat bersemangat ketika belajar. Aku menumpang semangat kalian walaupun aku rebah mid-sem yang lalu.. Teruskan iltizam mempelajari bahasa arab, lughatul al-Quran. Ustaz ajar kita banyak belek al-Quran dan belajar tentang ayat-ayatnya, kan? Elok kan jika kita boleh faham apa yang al-Quran nukilkan dan tahu keelokan bahasanya... faham maknanya...
Kakak yang menjadi mangsa aku meminta duit.. Walaupun hanya dua dua bula, hampir seribu juga yang aku belanjakan rasanya.. Boroskan aku? Semoga rezeki kalian makin murah membantu adikmu ini...
Akhirnya, sampai sini sahaja jemari ini berlari menngisahkan suka di short sem kedua aku di sini.. Sesungguhnya kita hanya tahu kebaikan sesuatu itu bila kita menghadapinya walaupun kita tak suka.. ALLAH tahu yang yang hambanya perlu bukan apa yang hambanya mahu..
Wassalam.
BILIK STUDI D-3-3
11.34p.m, 5 mei 2009.
Comments