21 July 2012

30. berdoa. usaha. yakin.


Tiga puluh hari menjelang keberangkatan dia meninggalkan ranum usia 22, biarlah papan kekunci mengetik cebisan-cebisan kenangan menghuni hati. Kisah-kisah kecil manusia kecil yang mungkin sama dan mungkin juga berbeza.

Dia manusia kecil. Manusia kecil yang pernah sarat dengan cita-cita dalam diamnya dia dalam suasana. Dia manusia kecil yang pernah berjaya, dan pernah gagal. Dia berusaha membangunkan rasa percaya pada diri sendiri. Percaya Allah sentiasa memberi yang terbaik.

Susah
senang
pahit
manis.

Ia pengalaman. Dia belajar semuanya terjadi kerana diri sendiri. Kedegilan, rasa mahu memberontak yang ada dalam diri, ketidaksabaran, ia penghalang kepada kejayaan. Perasaan juga. Apabila tidak disedia hati putih menempuh hari-hari sebagai seorang mahasiswa, cepat sekali tenggelam.

Lautan perasaan kecamuk yang dibantu bisik syaitan pada telinga.

Paling utama, apabila jauh daripada Allah, semuanya kecamuk. Remuk. teruk.

Pesanan buat dia, dekatkan diri dengan Allah adalah penyelesai semua masalah. Allah sediakan ujian supaya hamba mencari, mendekatkan diri, merayu, merintih, meluahkan segalanya pada Allah, bukannya hanya luahan demi luahan.

susah-doa
senang-doa
tenang-doa
kecamuk-doa.

Solat = doa. selesaikan masalahmu, dengan tali yang kuat digantung kepada Yang Maha Memberi.

=)

sekian, dia mengundur diri buat seketika.

Jamilah Mohd Norddin / Ila Husna.
11.01pagi/21.7.2012
UIAM.


No comments: