Bismillah...
Bicaraku tercertus lagi di sini. Melalui minggu-minggu terakhir tanpa kelas mungkin membosankan namun hati perlu berusaha untuk positif... Walaupun masa untuk di alam maya lebih panjang berbanding menatap buku QPT yang tidak pernah dihadam, terasa tidak sabar melalui peperiksaan kali ini. 16.Jun.2010 akan berakhirnya semester 3 yang mencatat banyak cerita dan kisah buat aku sendiri,
Terima kasih untuk ustaz HAnafi yang sangat baik dan tidak sahaja mengajar QPT, malahan selalu menyedarkan pelajarnya tentang kepentingan untuk cakna tentang isu semasa. Setiap kali kelas tentang tidak terlepas memaklumkan kepada kami tentang isu semasa..Kisah sensasi yang terjadi dalam negara..
Ada sesuatu yang sangat perlu aku perhatikan sebelum menghadapi peperiksaan kali ini. Perkara yang aku sangat takut ia berubah. NIAT AKU BELAJAR SEMESTER INI!!!
Ustaz HAnafi yang sangat pemurah markah. Memang aku suka, namun setiap perkara ada dua sisi. Baik dan Buruk. Aku khuatir akan mengambil kesempatan dengan kebaikan ustaz. Sebagaimana sebelum ini aku selalu mengabaikan silibus kerana mengharapkan ihsan ustaz.
Perhatikan wahai diri, bukan ustaz yang menentukan apa yang kamu dapat. Tapi kamu harus berusaha sedaya kamu boleh kerana Allah memberi setaraf usaha hambanya. Jangan kita hanya suka sampai kata-kata ini selalu terbit pada dua bibir kita:
"Aku dapat banyak sebab ustaz tolong."
Seolah-olah ustaz yang berkuasa memberi markah. Ingat, wahai Jamilah, semua yang kau dapat adalah pemberian Allah yang diberi setaraf usaha yang kamu lakukan. Ustaz memberi markah dengan apa yang kamu buat, namun Allah yang berhak menentukan.
Jadi, kita gagal atau lulus cukup makan mahupun lulus cemerlang, semuanya daripada Allah. Jangan salahkan diri atau ustaz namun apa yang terjadi mungkin ujian supaya kita lakukan yang terbaik.
Jangan sampai jadi kufur nikmat dan terlalu berharap.
Tituk.
Kepada semua sahabat seperjuangan yang akan sama-sama menempuh peperiksaan semester 3 2009/2010, semoga najah dan betul niat kita belajar selama ini.
Buat ustaz terima kasih banyak-banyak mengajar kami memahami sebagian ayat al-Quran dan hadith.

Comments