16 July 2010

Durrah Nur Aqilah: Usah Pergi Selagi Tidak Sampai Masa

Tempat: Qamar Cinta 1-1 Safiyyah IIUm
Masa: 20:09-20:20
Tarikh: 5 Syaaban 1432
jamilahcakapsikit: menulis mengikut aliran jemari yang menari pada papan kekunci.
Lagu yang mengiringi Penulisan: PERGI-Aizat

Bukan mudah mahu menduga sekeping hati. Hati sendiri kadang tidak terurus dan terbiar, apatah lagi mahu menjaga hati orang lain.-ayah, mak, kakak-kakak, sahabat, adik, mak cik pak cik, teman- Dapatkah aku buat-buat tidak kisah dengan detik kata hati yang kadang merindukan suasana lama. Sebentar lagi mahu menafikan kata hati yang bahagia dan ketawa mengenangkan sebuah kisah. Kemudian hati menangis sendiri terkenang dosa silam dan kesalahan pada mereka. Ah, hati adalah sebuah bekas yang cepat berbolak-balik.. 

Allahumma sabbit qalbi 'ala di nik, wa taatik, wa husni ibadatik...

Allah, Engkau pemilik sekeping hati milik aku dan mereka. Engkau penguat hati aku dan mereka. Dan hati masih kejap di sana walaupun jasad aku berkecai separuh nyawa hilang diterbangkan angin kenangan yang kejam menjadi pukulan ribut yang memusnahkan segala harapan yang mahu aku bina. Sesekali hati berkata yang aku perlu kembali kepada satu vakum masa lalu, namun jasad berkata tidak. Aku sudah menutup satu ruang.

Hati aku sudah kubawa bersama jasad yang berkecai itu. Biarlah sebahagian jasad yang ada terus berjuang dalam sebuah kehidupan yang bakal tamat ke hujung. Aku bakal mati pada masa yang sudah Allah tentukan. Saat aku tidak mungkin dapat meminta maaf kepada orang yang aku buat salah, hutang aku tergantung pada yang belum aku bayar, umpatan dan kata-kata yang tidak baik kepada pensyarah akan terus kekal begitu...

Allah, tidak selesai jika menghitung dosa... Kerana itulah jasad yang sebahagia itu masih berfungsi.. memberi peluang kepada diri untuk menebus kesalahan. Namun kamu sudah lari daripada derah itu....

Kamu pergi meninggalkan satu peluang yang hanya sekali datang. Kamu sia-siakan satu petunjuk yang Dia lorongkan...

Ah, aku belum kuat!

Wahai diri, bertahan untuk suatu tenmpoh. Suatu ketetapan tetap berlaku dan akan kau hadapi apabila tiba masanya.

Allah, lapangkan dadaku untuk menuntut ilmu Dunia dan Akhirat.

No comments: