26 July 2010

Cabut Gigi Itu Tidak Sakit

Doktor Gigi
 Masa: 1225-
Tarikh: 26 Julai 2010

Assalamualaikum..

Hm... Kapas masih dalam mulut. Rasa kebas dibius tadi tentunya tidak hilang, dan seperti biasa kepala tentunya separuh melayang..Alhamdulillah, dalam masa 15 minit gigiku yang kedua berjaya dicabut + tampal sekali.


Pagi tadi sebenarnya teragak-agak untuk pergi atau tidak. Jam sudah di angka 9. Sepatutnya aku sudah ke Dental Clinic IIUM supaya mendapat nombor awal, namun aku sengaja ke Maktabah terlebih dahulu menghantar buku yang dipinjam.

"Nak pergi ke idak???"

Alhamdulillah, Allah lorongkan kaki ini untuk ke dental clinic. Ada empat orang pelajar sebelum aku, dan hampir setengah jam juga aku terpaksa menunggu... Layan televisyen yang terpasang di situ.

"Jamilah.."

Suara jururawat menghasilkan senyuman di bibir. Aku akan menerima rawatan. Debaran memang ada, namun kali kedua, sudah terasa biasa..

"Nak buat apa?"

"Cabut gigi."

"Hm, ada apa-apa sakit."

"Dah sarapan?"

Itu antara soalan yang ditanya oleh Dr Wan Ida Nooryani (namanya aku ambil di surat MC)

Bermulalah operasi. Aku dibius sebelah mulut, namun kurang terasa seperti minggu lalu. Sementara menunggu kebas, sempat juga dr Ida menampal satu gigi aku di bahagian atas., Huhu.. Apabila disoal tentang kesan ubat bius, aku kata kebas sikit... Kemudian beliau membius sekali.. Ha, sangat best ketika jarum besarnya mencecah mulut.. ENtahlah, dah tak rasa sakit pun..

Hampir sepuluh minit juga rasanya proses mengeluarkan gigi itu. Dr kata gigi itu sudah tumpul. Dr asyik suruh aku tarik nafas panjang-panjang melalui hidung, kemudian hembus. Lembutkan muka (dr kata muka aku tegang. haha) Sampailh gigi itu berjaya dicabut.

Rasa macam tak percaya pula sebab rasa seperti sakitnya kurang daripada yang lalu padahal yang ini lagi besar giginya... Sempat juga kepala aku tertoleh kiri kanan mengikut semasa dr mahu mencabut gigi itu.Dr kata kalau sakit cakap sebab beliau nak tarik kuat sikit. Udah tidak sakit, aku diamkan aje.,.. Apa tidaknya dibius sampai dua kali..

Hm...  Dapat kapas, ubat kumur macam minggu lepas. Sepatutnya kena ambil pain killer lagi, tapi aku teringat yang pain killer sebelum ini pun bukannya aku makan, tak sakit pun. JAdi aku terus pulang.

Kali ini pipi aku terasa bengkak la pula tak macam minggu lepas.Petang ini memang aku tidak ke kelas dan akn duduk atas katil senyap-senyap. Darah masih mengalir dengan aktifnya. Rasa tidak selesa sangat, tapi tak boleh nak tidur. Jadi aku tulislah entri ini.

Hm, nanti kena ke sana lagi untuk tampal belah kiri pula. Doktor Ida kata nak puasa ni, semua pakat nak cabut gigi, nak buat rawatan gigi.. Huhu.. Dr, saya baru sedar yang pentingnya menjaga gigi. haha.

Titik..

Alhamdulillah.. selesai juga.

3 comments:

Anonymous said...

saya pun takut kalau kene cabut gigi...takut darah n jarum...arrrrrggghhhh

Jamilah said...

cik Anon,

Hm...

jarum dia tu tak sakit je.. tapi bila dah bius tu, memang tak ingat apa-apa dah.

sedar-sedar dah cabut. Tapi bila kebas dah hilang tahanlah sikit sebelum skait tu hilang..

hehe..


tak sakit pun.. seronok... =)

jamilah said...

ImanCo,

Ya..

Terima kasih atas nasihat...

=)