Skip to main content

satu, dua , tiga

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Satu: Pesta Buku 1 Malaysia aku hadiri dengan hajat tidak mahu membeli sebarang buku. Mana boleh ditahan diri. Akhirnya, empat buah buku dan empat Asuh untuk anak - anak buah aku miliki. Buku-buku yang dibeli ada sebab tersendiri. Sebab pengarang dan untuk ulangkaji. Soya Ais Peneram Madu terbaik!
Dua: Rabu lepas, jam lapan pagi, sudah berada di CAC. Namun aku ragu-ragu, dapatkah aku baucar kali ini. Aku kembali meneruskan tugas lain. Apabila ada teman mesej memeberitahu sudah mengambil baucarnya, aku penasaran. Terus aku ke CAC kali kedua, mendapatkan lima keping baucar ini.
Dalam masa dua hari, aku berlegar depan maktabah iium untuk mendapatkan buku-buku ini. Memang melebihi RM250 namun sangat berbaloi buat aku. 16 buah buku menanti untuk dibaca. 





Sabtu.
Umairah mengajak aku ke Masjid Jamek melawat kedai buku. Tentu sahaja aku tidak menolak.Kedatangan aku ke sana menemukan aku syurga buku Indonesia. Memang harganya lebih mahal, namun bagi aku, ia tempat yang sangat mengasyikkan. Sudah terbayang-bayang buku Andrea Hirata, Pak Pram, Asma Nadia, Salim A. Fillah. Fuh! Memang bersyukur dalam tangan tiada wang untuk aku beli walau sebuah buku. Jika tidak, ada yang diambil tangan. 

Fajar Ilmu Baru. Aku sekali ke sana mencari buku bayan namun tidak ketemu. Baru semalam aku tahu di sana ada menjual buku-buku Indonesia.

Kedai buku di Wisma Yakin, ada dua buah tingkat satu. Dua atau tiga buah di tingkat 2, sebuah di tingkat 3..  Di Masjid Jamek, tidak terbilang aku. Pustaka Mu'min dua buah, Pustaka Minerva...

Wah, wah, wah! Mahu shopping buku, cukup di masjid Jamek. Bukan hanya penuh dengan kain baju, ada juga kedai buku yang mengasyikkan.

sembang-sembang di stesen bas Nusaibah, dalam tren, kedai buku, mengingatkan perbualan aku dan Umairah ketika zaman matrik dalam KTM. Ketika itu kami dalam perjalanan pulang daripada UIAM Gombak ke CFS Nilai menghadiri bengkel penulisan Fatimah Syarha. Ah, doakan Umairahshafei menerbitkan bukunya!

Sekian, bebel-bebel petang Ahad. 


Comments

Tetamu Istimewa said…
Di mana Terangnya Bulan itu novel ke? Tahun bila terbit?
jamilah said…
Ya. Novel tulisan Tuan Bahruddin Bekri. Terbitan pertama 2010, PTS.

# Sejak dulu melihat buku ini, tidak tergerak mahu beli sebab melihat muka depannya semacam kurang berkenan. Setelah dibeli, dan baca, baru tahu yang ada buku yang tidak boleh dinilai dengan melihat muka depannya.

Buku ini mengukir senyum selepas tamat membacanya.
Salam ziarah dari Pulau Mutiara :)

Tak aci!
Sebab dapat baucer awal..huhu
Ina, MPP UPM baru keluarkan notis 23,24hb baru boleh ambil.

Tak sabar nak beli buku2, berderet dalam senarai.

Akak, geram dengar kedai buku kat Masjid Jamek...di kawasan mana ya?tak dapat nak bayang lagi. Harga mahal dari biasa ke?
Buku Salim A.Fillah yang Ina idamkan nak beli..nikmat berpacaran selepas pernikahan, hehe :)
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥,

jangan cemburu sebab kami mula semester awal. :)

Tahu Wisma Yakin tak? Di tingkat 3 kedainya. Rasa macam lebih mahal tapi jika sudah mahukan bukunya, harga bukan masalah...
Umairah. said…
This comment has been removed by the author.
Umairah. said…
oh, umy pun nak beli buku travelog minda tajdid. tapi, kat kb1m tak jumpa.

ustazah hafizah pun dah ada buku sendiri ye? mashaAllah! :D

selamat membaca! terima kasih untuk doanya. :)
Umairah,

terbitan Telaga Biru.. :)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك