Skip to main content

Diri, dengarkan kata hatimu ini.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


ada perkara yang kita tidak perlu tahu, sebab akan menyakitkan hati dan diri sendiri. tidak semua orang mampu menelan kepahitan. itu aku. kemanisan yang terlalu banyak aku hirup selama dua dekad kehidupan, membuatkan aku kalah pada pahitnya ubat. Banyak madu yang menjadi santapan aku. Dan aku mahu menjadikan pahitnya ubat semanis madu. 

Tentang bicara belakang. Aku. Aku teringat entah bagaimana kisahnya. Entah kisah siapa. Seorang yang apabila ada orang yang berkata-kata keburukan padanya, mahu diberikan hadiah kepada orang itu. Sedang aku? Dapatkan aku balas kata-kata pahit atau tidak benar dengan sebuah senyum ikhlas? Kata-kata hanya terkota dengan perbuatan.

Beberapa hari lagi aku akan berada di taman ilmu dan budi. Jika tidak ada apa lagi aku akan tinggalkan bumi yang menyimpan kenangan ini. Bumi yang mengenalkan aku pahit manis dunia belajar. Teman-teman yang baik, walaupun aku bukan seorang yang baik. Pensyarah yang sangat baik. Suasana yang baik, walaupun aku seorang pemerhati yang tidak terlibat dalam mana-mana persatuan. 

Rindu?

Memang rindu akan mengisi relung hati ini.
Kehidupan diteruskan.
Terima kasih yang menjadi sebahagian kenangan terindah aku!

Sampai saat ini, aku percaya yang terjadi ini yang terbaik untuk aku. Ini paling baik untuk aku. Ini jalan terbaik untuk aku. Alhamdulillah atas segala-galanya. Aku manusia kerdil, manusia pendosa yang banyak salah. Manusia yang orang lain kenali dirinya melebihi dia kenali diri sendiri.

Kata seseorang, kenalilah dirimu dan pencipta-Mu. Selesaikan urusanmu dan pencipta-Mu. Urusan dengan manusia pincang saat apa urusan dengan Allah tidak lancar.

Pintu taubat sentiasa terbuka setiap masa sebelum nyawa aku dicabut. 

 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك