Terus melangkah!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



Ayah sudah tahu apa yang berlaku kepada aku. Aku redha dengan keputusan yang telah diputuskan sebab semuanya berpunca daripada aku. Allah beri apa kita usaha. Allah sentiasa berikan yang terbaik, walaupun nampak seperti buruk.

Aku teringat kata-kata ustaz Ebit Yew. Ya, aku jadi terusik saat mendengar bicaranya. Kisah kawannya yang perlukan lima tahun untuk habiskan ijazah, dan hikmahnya sangat besar. Ustaz berpesan, antara yang aku ingat:

"walau apa yang jadi, ingat ada hikmahnya. Baik, buruk ada hikmahnya."

"Kita kalau kita mahukan benda itu jadi pada kita, kena selalu sebutkan. Walaupun ia bukan yang kita biasa buat. Kasihan kalau ilmu disembunyi, apabila selalu sebut, kita akan mahu buat benda itu."

(ini versi yang saya ingat, hanya makna saya tuliskan ayat sebenarnya, saya tidak ingat}

Allah sudah berikan aku terlalu banyak peluang dan masih membuka peluang yang banyak untuk aku. Nikmat apakah lagi yang aku mahu dustakan?

Aku tahu, apa yang berlaku hari ini akan aku syukuri. Aku percaya, hilangnya peluang ini, terbuka peluang lain yang lebih baik untuk aku. Terima kasih UIA menerima aku selama hampir lima tahun menceduk ilmu dan pengalaman pahit manis seorang pelajar. Aku akan rindukan suasananya, namun ini terbaik untuk aku dan semua.

Allah Maha Mengetahui apa yang hamba-Nya perlukan. Kalimah putus asa tidak akan aku tuliskan dalam diari hidup, dan ini pengalaman manis untuk aku. Siapa tahu ia menjadi sebab aku meneruskan sesuatu yang lebih baik. :)

Mungkin ada bertanya dan memang ada yang bertanya. Aku jawab sejujurnya yang aku tidak bergelar graduan UIA. Terharu apabila ada yang bertanya. Terima kasih sentiasa ambil berat. Ah, hanya aku yang bukannya seorang kawan yang baik.

Betapa ramainya orang baik di sekeliling aku yang akan aku tinggalkan. Semoga akan bertemu orang yang baik-baik nanti.

# Selesai tugas di sini, aku akan pulang ke kampung. Doakan aku untuk temuduga untuk satu tugas minggu hadapan. Allah memberikan rezeki, apa-apa pun untuk pendedahan dan pengalaman, aku harus mencuba. Sekarang, aku akan hidup dalam dunia nyata, bukan dunia seorang pelajar. Harus lebih berani!

# Memohon pengajian dalam bidang penulisan. Semoga ada rezeki. 
 
# Terima kasih atas semua lontaran doa. 

# Mengapa ya aku ceritakan semuanya dalam blog ini? Sebab jadikanlah sempadan apa yang terjadi pada aku. Bersyukur dengan peluang yang Allah beri. Allah beri ikut kadar usaha hamba!

# Orang boleh berkata apa sahaja tentang diri kita, ucapkan "alhamdulillah" mungkin dia kata mengikut apa yang dia faham, dan dia tidak tahu situasi sebenar. "Alhamdulillah ala kullihal"

Comments

Alhamdulillah, inilah semangat mujahidah yang ditarbiyah hampir 5 tahun di Taman Ilmu dan Budi.

Selamat berjuang Ila Husna.
Insya-Allah, tatkala satu pintu tertutup, banyak pintu yang dibukakan.

Tumpukan segenap tenaga. Fokus. Pasti terlihat seribu satu hikmah di sebaliknya.

*Ina sangat sayang akak*
aku-bukan-robot,

thanks Nadiah. :)
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥,

amin.

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut