"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Dua puluh enam Februari dua ribu tiga belas. Ada dua kisah kisah yang mahu aku ceritakan. Perihal hari kedua aku bekerja dan bengkel kedua Ma’ruf Pena. Aku budak sedang belajar. Mencari titik kekuatan dan mengembalikan keberanian.
Kita mulakan dengan kisah semalam. Hari pertama seorang bernama Jamilah melangkah ke dunia pekerjaan. Masih malu-malu alah dengan para senior.
Pagi Isnin 25 Febuari aku mulakan dengan langkah kanan menuju tangga besar. Aku bakal memulakan tugas di Sri Damansara. Tepatnya di Telaga Biru.
Cuaca redup. Sedingin hati dan perasaanku.
“Dah bersedia mahu menerima tugas yang banyak?” “Perlu menyediakan mental.” Di sana, tugas bermula dan aku dibawa berkenalan dengan staf di sana. Hari pertama memulakan kerja, aku dibekalkan alat tulis dan meja bekerja.
Pagi kami dimulakan dengan solat Dhuha dan tazkirah. Zohor dan Asar berjamaah dan makan tengahari disediakan. Memang aku tidak bergerak ke mana-mana setelah berada dalam bangunan Biru. Bermula jam 9 pagi sehingga lima petang.
Hari pertama selesai dan aku terlentok awal pada malamnya. Terasa enggan meninggalkan tempat tidur esoknya.
Hari ini hari kedua. Aku mesti memulakan niat baharu. Belajar dan terus belajar. Masih banyak salah, tetapi harus terus belajar.
Suka aku kongsikan kata-kata Ustaz Fawwaz dalam kuliahnya tadi.
Kelas dimulakan dengan perkongsian saudara Hafizul Faiz. Antara yang ditulis beliau di papan putih.
*plot dan subplot
*watak dan perwatakan
*Sudut Pandangan
*Gaya Bahasa
PLOT : sebab dan akibat
*plot kronlogi (ABCD)
*Plot jungkir balik (ADBC)
*antiplot –tiada plot
Plot konvensional (awal ---- tengah --- akhir)
Tema malar segar *agama*politik* sejarah
Ini sebahagian perkongsian ustaz. Edisi tulis semula :)
2)Cari pengarang yang anda minati atau mahu menulis sepertinya
3)Baca semua novel/cerpen beliau dan analisis
4) Tulis. Meniru pada permulaan biasa. Lama kelamaan akan membentuk gaya bahasa sendiri
“Di sebalik seorang penulis ada editor.” Editor seperti mak andam yang tugasnya mencantikkan pengantin. Justeru, kenal editor anda.
Kenal Tuah Sujana? Beliau antara anak muda yang menembusi Dewan Sastera. Mahu betul-betul menulis, harus benar-benar merancang dan ada aim.
Dalam sastera ini yang paling tinggi makam (kedudukannya)
^^^ puisi
^^^cerpen
^^^novel
^^^drama
Jika permulaan zaman Aristotle mementingkan drama pentas yang ada tragedi, Islam didatangkan al-Quran bagi melawan syair Jahili.
Mahu tulis tema cinta? Boleh sahaja kembangkan skop CINTA itu. Bukan hanya melihat cinta sesama manusia. Lihat kisah Laskar Pelangi yang menceritakan kisah kecintaan anak-anak miskin pada pelajaran.
Untuk antiplot, mungkin sahaja dalam bentuk dialog keseluruhan cerita. Ia diterima akhbar dan majalah untuk disiarkan sebab isinya.
Petua menghantar karya
Dua puluh enam Februari dua ribu tiga belas. Ada dua kisah kisah yang mahu aku ceritakan. Perihal hari kedua aku bekerja dan bengkel kedua Ma’ruf Pena. Aku budak sedang belajar. Mencari titik kekuatan dan mengembalikan keberanian.
Cerita 1.
Hari kedua aku bekerja di bawah selian ustazah. Kesalahan banyak dilakukan, sebab aku harus membiasakan diri dengan perkara yang betul bukan sesuatu yang aku rasakan betul. Perlu menjadi seorang yang sensitif walau kesalahannya hanya satu titik atau tersalah tanda bacaan. Belajar, belajar dan terus belajar.Kita mulakan dengan kisah semalam. Hari pertama seorang bernama Jamilah melangkah ke dunia pekerjaan. Masih malu-malu alah dengan para senior.
Pagi Isnin 25 Febuari aku mulakan dengan langkah kanan menuju tangga besar. Aku bakal memulakan tugas di Sri Damansara. Tepatnya di Telaga Biru.
Cuaca redup. Sedingin hati dan perasaanku.
“Dah bersedia mahu menerima tugas yang banyak?” “Perlu menyediakan mental.” Di sana, tugas bermula dan aku dibawa berkenalan dengan staf di sana. Hari pertama memulakan kerja, aku dibekalkan alat tulis dan meja bekerja.
Pagi kami dimulakan dengan solat Dhuha dan tazkirah. Zohor dan Asar berjamaah dan makan tengahari disediakan. Memang aku tidak bergerak ke mana-mana setelah berada dalam bangunan Biru. Bermula jam 9 pagi sehingga lima petang.
Hari pertama selesai dan aku terlentok awal pada malamnya. Terasa enggan meninggalkan tempat tidur esoknya.
Hari ini hari kedua. Aku mesti memulakan niat baharu. Belajar dan terus belajar. Masih banyak salah, tetapi harus terus belajar.
Suka aku kongsikan kata-kata Ustaz Fawwaz dalam kuliahnya tadi.
• Al-Quran perlu dilafazkan bukan dibaca dalam hati. Sebab itu tidak ingat. Baca menggunakan mulut akan lebih terkesan dan mudah ingat
• Mesti belajar matan sebelum faham sesuatu perkara. Apabila kita tinggalkan matan, itu yang susah faham.
• Kita ini orang berakal awam atau berakal sistematik?
• Manusia memahami al-Quran dengan jalan berbeza-beza
• Sesiapa mencintai Allah, mesti mencintai bahasa Arab. Gulp! Terasa tertelan pasir. Memang pipi panas, terasa ada tangan menampar!
• Syair itu perhiasan ulamak. (baru aku aku lagu man ana dendangan Brothers adalah terjemahan syair Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.
Cerita Dua.
Sedih mahu meningglkan kelas Ma’ruf Pena tadi. Ini kelas terakhir yang aku hadiri. Selepas ini kemungkinan besar aku tidak berkesempatan hadir. Namun dia ruang itu ada, pasti aku sempatkan diri ke sini lagi. Kelas yang bukan mudah diperoleh.Kelas dimulakan dengan perkongsian saudara Hafizul Faiz. Antara yang ditulis beliau di papan putih.
-ciri-ciri novel
*tema*plot dan subplot
*watak dan perwatakan
*Sudut Pandangan
*Gaya Bahasa
PLOT : sebab dan akibat
*plot kronlogi (ABCD)
*Plot jungkir balik (ADBC)
*antiplot –tiada plot
Plot konvensional (awal ---- tengah --- akhir)
Tema malar segar *agama*politik* sejarah
Ini sebahagian perkongsian ustaz. Edisi tulis semula :)
Rahsia menulis cerpen atau novel.
1)Fokuskan mahu menulis cerpen atau novel2)Cari pengarang yang anda minati atau mahu menulis sepertinya
3)Baca semua novel/cerpen beliau dan analisis
4) Tulis. Meniru pada permulaan biasa. Lama kelamaan akan membentuk gaya bahasa sendiri
“Di sebalik seorang penulis ada editor.” Editor seperti mak andam yang tugasnya mencantikkan pengantin. Justeru, kenal editor anda.
Kenal Tuah Sujana? Beliau antara anak muda yang menembusi Dewan Sastera. Mahu betul-betul menulis, harus benar-benar merancang dan ada aim.
Dalam sastera ini yang paling tinggi makam (kedudukannya)
^^^ puisi
^^^cerpen
^^^novel
^^^drama
Jika permulaan zaman Aristotle mementingkan drama pentas yang ada tragedi, Islam didatangkan al-Quran bagi melawan syair Jahili.
Mahu tulis tema cinta? Boleh sahaja kembangkan skop CINTA itu. Bukan hanya melihat cinta sesama manusia. Lihat kisah Laskar Pelangi yang menceritakan kisah kecintaan anak-anak miskin pada pelajaran.
Untuk antiplot, mungkin sahaja dalam bentuk dialog keseluruhan cerita. Ia diterima akhbar dan majalah untuk disiarkan sebab isinya.
Petua menghantar karya
- faham kehendak media sasaran
- cari isu berkaitan. Contohnya bulan Mei ada hari ibu. Jadi, bulan April boleh menghantar karya dengan isu tersebut. Peluang tersiar lebih terbuka luas.
Ini kisah minggu lepas. :) |
Comments