"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Alkisahnya seorang gadis bernama ... mahu menderma darah. Sudah lama juga sejak 2012 dia menyimpan hasrat menderma darah kali ketiga. Dan di SHAS Mosque IIUM sedang berlangsung program derma darah. Berkobar-kobarlah dia si gadis yang bernama ... itu mahu mendermakan darah kepada tabung darah negara selain diberi darah kepada sang nyamuk.
empat belas febuari dua ribu dua belas.
Seawal 8.40 pagi, dia sudah mengatur langkah ke tempat berlangsungnya derma darah. Apabila dilihat tiada orang dan kaunter baru dibuka, dia berpatah semula dalam hujan ke mahalah. Hatinya meronta mahu menderma darah walaupun tidak tahu berat badan terkininya. Almaklumlah, berat minimum menderma darah 45 kg. Sebelum ini, walaupun beratnya 46 kg, lulus untuk menderma darah. Ah, tidak salah mencuba. Itu kata dia.
Lalu, borang diisi dengan tangan terketar. Melihat orang lain sudah berada di kerusi menderma darah. Ada kata-kata:
"Sekeping kuih, roti, oat tidak cukup untuk menderma darah. Sila makan makanan berat."
Tambah pegawai di situ, tak cukup makan biskut, nanti pengsan.
Dia terus mengisi borang dan ke kaunter seterusnya...
Berat berapa?
Dia ke penimbang yang disediakan.
Jarum penimbang di angka 44.
Alamak, satu kilogram untuk capai berat minimum.
"Adik, tak cukup ni. Balik tambah berat lagi."
Terasa kaca terhempas ke lantai. Harapan yang berbunga dalam diri layu. Dia tunduk dan hanya pandang sekilas kakak yang baik itu. Dia terus berjalan sambil mengerling mereka yang sedang menderma darah. Ah, bila lagi dapat merasa saat itu?
Kepada gadis itu, tambahkan berat badan jika mahu menderma ya.
:D

Comments
*Nak tanya, Jamilah dah beli dan baca kumpulan puisi Cenderahati Kasih kan? Bagaimana? Saya berkali-kali juga hendak membeli, tapi seperti belum ada daya tarikan yang kuat.
Disebabkan buku ini sudah berada di pasaran, rasanya tidak salah jika pembaca memberikan pandangan usai membaca buku itu kan?
Saya khuatir adakah layak untuk cerpen saya itu dibukukan. Dan kalaupun telah lulus untuk diterbitkan, adakah memuaskan dan layak untuk dikatakan "buku".
Yang terbaik untuk kumpulan cerpen itu.Memang tidak boleh dipuaskan semua khalayak, sebab setiap pembaca berbeza citarasa. Menanti kelahiran kumpulan cerpen itu.