"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
# ada ketikanya aku seakan-akan ragu dengan apa yang aku putuskan, namun setelah aku yakin ini keputusan yang aku sendiri pilih. Aku terima. Akuketawa dan kembali senyum. Aku tidak boleh melayan perasaan tidak-tidak yang mengganggu diri dan teruskan kehidupan dengan senyum dan menyudahkan tugas-tugas yang terbengkalai.
# Sampai satu saat, kamu akan rindukan tangisan yang telah lama tinggalkan diri kamu. Dan bila saat itu tiba, carilah sudut paling sunyi yang hanya ada kamu dan Dia, dan lepaskan semua rasa hingga kamu LEGA dan dapat hidup lebih baik.
# Selepas ini aku akan berterus terang akan statusku jika ada yang bertanya. Kata kakak, aku yang ambil keputusan, aku mesti hadapi dengan berani.
# Perasaan cemburu sering hadir dalam diri, segera aku padamkan. Allah beri yang terbaik pada aku dan sentiasa memberi yang terbaik. Aku pilih jalan ini, aku pilih lorong ini. Tiada siapa tunjuk, tiada siapa pinta melainkan diri aku sendiri.
# Kembara UK? Kawan-kawan dan kakak minta aku pohon, namun tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki.
# Menghantar resume untuk mencari kerja. Semoga Allah permudahkan.
# Belajar berdikari. Aku banyak bergantung dengan kakak, dengan orang lain. Mesti belajar berdiri atas kaki sendiri.
# "Kami degil tak?" "Degil." "Macam kayu ke batu." Macam batu. haha. aku ketawa.
# Ilmu yang tidak berkat. Untungnya mereka yang sangat dekat dengan ilmu dan pemberi ilmu. Masa yang aku tinggalkan tidak akan diputar semula dan aku pandang ke hadapan dan terus hidup dengan senyum.
# "Baliklah kampung lepas buka booth nanti." -Ya, aku harus sudahkan segera kerja ini dan kembali ke kampung jika tiada apa lagi yang menanti aku di sini. Namun rezeki siapa yang tahu. Masih fikirkan mahu jual apa di booth dua minggu akan datang (18.2.2013-22.2.2013)
# Aku teringin tanyakan soalan ini namun tidak berani. : Adakah mereka akan malu punya kawan seperti aku? Aku yang tidak punya apa-apa dan seorang troublemaker?
# Okey, sudah banyak aku membebel-bebel di sini. Hari ini, aku mendatangi ITD dan ternyata masih dapat menggunakan komputer di sini.
*** Catatan berhenti di sini. 9.18 pagi. Masa untuk berkenalan di Dar Hikmah menyudahkan tugasan. Nanti akan aku sambung berceloteh lagi.
Projek 2013 yang masih tertangguh! Novel bersama temanku ... dan himpunan kisah-kisah. Doakan aku!
Wassalam.
Comments
Akak!!!!
Booth apa tu? jika nak letak barang Kraf Ina Nailofar boleh? :)
Dar Hikmah??Kolej di Sungai Ramal tu ke? :)
Yakinlah, setiap yang berlaku terbaik buat kita.
Salam sayang,
Ina Nailofar.
**tajuk entri yang lagilah menarik minat nak baca (*^-^*)