"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Sembang-sembang dengan kawan yang baharu sahaja dikenal, dan keinginan kuat dalam diri kerana ia sesuatu yang aku suka, aku bersetuju untuk bekerja. Hasilnya, Allah izinkan aku memulakan langkah baharu. Aku budak yang masih memulakan langkah dalam dunia sebenar, dan banyak yang mesti aku belajar sepanjang kembara dan permulaan kisah baharu ini.
Tinggal diri sendiri mengubah 'attitude' dan bersikap dewasa.
Suka aku mengimbas kenangan pada hari temuduga. Ada soalan yang aku terdiam tanpa jawapan. Saat itu, aku memang pasrah, sebab aku tidak tahu rezeki di mana. Temuduga yang mengenalkan aku dengan seorang kakak yang baik bernama Balqis. Terima kasih atas perkenalan ini akak.
Peluang sudah diberi, ubahlah sikap diri!
"Allah, sekiranya ini terbaik untukku, aku terima apa sahaja keputusan yang dibuat."Keputusan itu aku ambil. Peluang yang ada depan matalah yang perlu direbut, sebab yang di hadapan belum pasti milik kita. Itulah yang aku dapat hari ini. Kata aku, berani buat berani hadapi. Allah yang menetapkan rezeki buat setiap hamba.

Comments