"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Dalam masa dua hari, aku berlegar depan maktabah iium untuk mendapatkan buku-buku ini. Memang melebihi RM250 namun sangat berbaloi buat aku. 16 buah buku menanti untuk dibaca. |
Sabtu.
Umairah mengajak aku ke Masjid Jamek melawat kedai buku. Tentu sahaja aku tidak menolak.Kedatangan aku ke sana menemukan aku syurga buku Indonesia. Memang harganya lebih mahal, namun bagi aku, ia tempat yang sangat mengasyikkan. Sudah terbayang-bayang buku Andrea Hirata, Pak Pram, Asma Nadia, Salim A. Fillah. Fuh! Memang bersyukur dalam tangan tiada wang untuk aku beli walau sebuah buku. Jika tidak, ada yang diambil tangan.
Fajar Ilmu Baru. Aku sekali ke sana mencari buku bayan namun tidak ketemu. Baru semalam aku tahu di sana ada menjual buku-buku Indonesia.
Kedai buku di Wisma Yakin, ada dua buah tingkat satu. Dua atau tiga buah di tingkat 2, sebuah di tingkat 3.. Di Masjid Jamek, tidak terbilang aku. Pustaka Mu'min dua buah, Pustaka Minerva...
Wah, wah, wah! Mahu shopping buku, cukup di masjid Jamek. Bukan hanya penuh dengan kain baju, ada juga kedai buku yang mengasyikkan.
sembang-sembang di stesen bas Nusaibah, dalam tren, kedai buku, mengingatkan perbualan aku dan Umairah ketika zaman matrik dalam KTM. Ketika itu kami dalam perjalanan pulang daripada UIAM Gombak ke CFS Nilai menghadiri bengkel penulisan Fatimah Syarha. Ah, doakan Umairahshafei menerbitkan bukunya!
Sekian, bebel-bebel petang Ahad.
Comments
# Sejak dulu melihat buku ini, tidak tergerak mahu beli sebab melihat muka depannya semacam kurang berkenan. Setelah dibeli, dan baca, baru tahu yang ada buku yang tidak boleh dinilai dengan melihat muka depannya.
Buku ini mengukir senyum selepas tamat membacanya.
Tak aci!
Sebab dapat baucer awal..huhu
Ina, MPP UPM baru keluarkan notis 23,24hb baru boleh ambil.
Tak sabar nak beli buku2, berderet dalam senarai.
Akak, geram dengar kedai buku kat Masjid Jamek...di kawasan mana ya?tak dapat nak bayang lagi. Harga mahal dari biasa ke?
Buku Salim A.Fillah yang Ina idamkan nak beli..nikmat berpacaran selepas pernikahan, hehe :)
jangan cemburu sebab kami mula semester awal. :)
Tahu Wisma Yakin tak? Di tingkat 3 kedainya. Rasa macam lebih mahal tapi jika sudah mahukan bukunya, harga bukan masalah...
ustazah hafizah pun dah ada buku sendiri ye? mashaAllah! :D
selamat membaca! terima kasih untuk doanya. :)
terbitan Telaga Biru.. :)