Skip to main content

P4, HS

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Minggu ini bermula 18 Februari (hari ini) sehingga 22 Febuari 2013, aku membuka booth letaknya berhampiran kafe HS UIAM. Jika sebelum ini, semasa semester pendek aku membuka booth di P3,  minggu ini aku membuka di P4. Sebaris kedai ini ada yang menjual durian creep, bermacam barang kesihatan, belajar bahsa dan SLEU.

Ini minggu terakhir aku di sini. Selepas ini pasti merindukan suasananya.

Walupun hanya dududk-duduk dan melihat manusia, aku tertanya soalan ini kepada diri sendiri. "Tidak cemburukah aku melihat orang pergi dan balik kelas?"

Dalam ramai-ramai pelanggan tadi, ada seorang kakak ini menyapa:

"ada buku himpunan kisah nabi-nabi tak? Mahu jadikan hantaran kahwin."

Dan seorang kakak berkata setelah melihat buku kompilasi aku terima nikahnya.

"Akak ni dah ada cucu. Mungkin boleh tengok, beri pada anak. Akak tak bawa duitlah pula. Sekadar jalan -jalan. Akak bukan orang sini."

Dan seorang pelanggan, melihat buku yang sama. "kompilasi 3 in 1 Aku Terima Nikahnya."

"Ini kalau beli, tak boleh bawa balik rumah. Kantoi."

Berada di P4, aku melihat wajah-wajah. Semangat membara menimba ilmu dalam usia muda.

Sambil tangan membelek buku Dr Zulkifli Al-Bakri bertajuk Kuasa Iqra: Menguasai Dunia, Menikmati Akhirat , mata tetapi memandang manusia lalu lalang.

Ini kenangan terakhir di sini.

Selamat tinggal bumi ilmu dan budi.

Safiyyah
2013

Comments


Dalam keriuhan orang lalu-lalang tu ada rindu yang menyapa :)
Apapun, selamat melangkah ke alam baharu.

**sedapnya durian crepe :))
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥,

mahu jumpa. mahu jumpa. mahu jumpa. :)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...