20 Julai 2012.
Sepurnama daripada hari ini genaplah kembara 23 tahun sebagai kelana di bumi nan luas ini. Bak kata ustaz, 20-an ini sudah melalui 1/3 daripada kehidupan. 1/3 itu banyak bahaginya. Bagaimana, apakah dan adakah tertunai takfilan yang tertanggung pada bahu?
*ada keinginan saya mahu menulis 30 kisah menjelang 20 Ogos 2012.*
Hari ini tamatlah dan booth P3 sudah selamat melabuhkan tirainya. Seminggu terlalu pantas dalam semester pendek dan saya amat cinta pada semester pendek ini. Lebih bermakna dibanding semester panjang yang ada banyak masa untuk berangan. titik.
1 Ramadhan 1433,
Selamat datang kekasih bernama Ramadhan
Terbukalah pintu kerahmatan seluasnya,
tinggal diri, sediakan diri menempuh keindahannya.
Bukan fikir juadah berbuka sahaja.
*pesan buat diri*
Sorof. Setelah dua kali membentangkan tajuk yang berlainan, hilanglah debar di dada. Hanya Allah tahu gentaran tangan ketika saya ditugaskan membentang tajuk 'hamzah' Khamis yang lalu. menulis dengan tangan tergerak dan tulisan membesar pada mulanya dan makin mengecil. =) Tidak sesuai mahu menulis di papan tulis.
Bermulalah persediaan 'projek' nahu 1. Wah.wah.wah. 20 markah ustaz peruntukkan untuk projek belajar nahu ini. Bagaimana mahu menarik orang minat dengan apa yang dibentang dan ia untuk dibentangkan dalam kelas. Ceritakan pengalaman sepanjang menyudahkan 'projek' dan bukannya isi. CABARAN!
peperiksaan akhir pada 13 Ogos dan 14 Ogos 2012.
Sekian, catatan kali ini.
:)
*terasa tulisan kembali berbentuk jurnal seprti saya di matrik. Tidak mengapalah. Saya lebih selesa di sini. Biarkan ia mewakili diri saya bercerita tentang apa yang mahu saya ceritakan.
*Seronok buka booth. Boleh senyum banyak-banyak. Lihat gelagat orang. -cari watak untuk cerita. =)
*Ramadhan kareem.
Wassalam.
yang menulis,
Jamilah Mohd Norddin
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & kesusasteraan, 2014, insya Allah.
Comments