Skip to main content

Coretan Hati Durrah Nur Aqilah : [Catatan 8] random rant.


C
Hidup hari ini bukan untuk aku kenang semalam. Mengubah hari semalam menjadi hari ini yang lebih baik. sesungguhnya DIA Maha Tahu segala yang terselindung dalam kotak hatiku. sekarang aku tidak berahsia jika ada yang bertanya.

Walau tidak semua dapat dibicara.
yang boleh aku bersuara, kulontar jua.
semoga tidak merana jiwa.


Aku tidak mahu peduli pada persepsi. Aku yakin Dia tahu apa yang aku zahirkan dan aku sembunyikan. Mengapa aku harus berpura seakan aku tahu semua sedangkan hakikatnya nihil.


Dalam kepala hanya ada setitik, mungkin suku titik ilmu yang lekat. Mana mungkin dibiar tanpa dicas bacaan semula dan menghadam. Nanti yang setitik hilang, yang suku lesap. Apa bekalmu selama menjadi penuntut ilmu?

Hari ini aku sedikit gelisah dalam kelas. Sudah lama aku tidak membelek jam ketika dalam kelas. sesekali menjeling telefon genggam dalam beg. Mata terasa berat. Kaki asyik bertukar silang. Fokus yang hilang.

Tiga jam sepanjang kelas, aku berjaya tumpu sesukunya. Benarlah kata ustaz semalam. Jika tiga jam boleh merentas Asia Tenggara. Aku seakan faham kalam majazi ustaz. Sememangnya akan menerawang juga akal jika terlalu lama dalam kelas.

Semua perasaan terpancung mendengar kalam ustaz.

"Apakah beza orang Islam dan orang bukan Islam? Mereka hidup dalam keadaan gementar. Lalu mereka menyusun kehidupan mereka. Inilah rahsia kejayaan kita dan sebab kejatuhan kita. Rasa senang dan selesa."

Ustaz menyambung:

"Kamu seakan tidak kisah berada dalam syurga atau neraka."

Aku tunduk pandang lantai. Rapat.

*** 

Lalu, kertas kosong yang sepatutnya tercatat nota yang ustaz ajarkan di hadapan, terisi kata-kata ini ...

teman,
aku bukan manusia baik.
seorang insan yang salahnya melebihi kebaikan.
kekasaran mengatasi kelembutan.

aku cuba menyemai sayang.
mencantas benci.
menyukir senyum.

walau sering aku kata, : "teman, ajarkan aku untuk senyum."

aku sendiri sering gementar memandang suram wajah pada cermin,
nur yang hilang.

cerminan yang terlihat pada pandangan aku
tidak terpantul ketika aku melihat cermin.
lalu, aku menghindar melihatnya.
Seandai perlu, kuiring doa: "Allah,cantikkan akhlakku sebagaimana Kau sempurnakan kejadianku."

ubah tidak semudah kata berubahlah
mujahadah yang berbekal tekad seribu!

IRK LR7.
11.23 pagi.
contengan budak tidak fokus.

***


akalku sering singkat fikirnya. Berfikir seputar diri sendiri. Aku malu. Malu pada alam dan seluruh isinya. Aku terlalu banyak melakukan pengkhianatan pada semua nikmat yang terlalu banyak -jumlahnya infiniti- yang Allah berikan selama 23 tahun menghuni dunia. Jika Allah tarik nyawa aku sekarang, apakah yang akan aku jawab depan Allah?

Aku sering terlupa.
Teringat.
Lupa.

Teman yang paling rapat adalah diri sendiri yang melihat semua apa yang aku buat. Sedang jasad itu tidak menasihatkan aku menjadi yang lebih baik, bagaimana? Buku yang dibaca? Majlis ilmu yang diikuti? Usrah yang dijalani?

Hahaha. Tulislah! Catatlah biar penuh berkajang luahan demi luahan. Segalanya langsung tidak punya harga tanpa buah amal.

Biarkan.

Biarkan malam ini jemari melontar semua aksara yang mahu melantun keluar lancar daripada akal dan hati.

Aku tidak pernah ambil berat perihal orang lain. Justeru, aku malu apabila orang sering menjadi teman paling baik untuk aku. Teman yang tidak mahu melihat aku jatuh. Teman yang menasihatkan aku rajin. Teman yang mengajak aku ke majlis ilmu. Teman yang baik. baik. baik.

Sedang aku bukan teman yang baik untuk sesiapa sahaja. Jumpa, aku tidak bertanya khabar. Diajak ke sana ke mari, mana akan aku tunaikan.

Aku malu, teman.

aku malam pada alam dan seluruhnya. Apatah lagi Pada Yang Menciptakan diri ini.

Kalau malam ini malam terakhir aku, apa yang dapat aku katakan depan Allah.

Sebab aku tahu aku tidak buat.

Bukan sekali. Bukan sepuluh kali mahu aku hentikan semua tulisan, namun bagaimana untuk aku tidak menulis? aku terlalu bimbang kataku disalah erti kerana aku sengaja memilih kata yang mungkin aku sengaja besarkan-besarkan benda kecil. Tulisan yang aku campur adukkan benar dan fiksyen. Semuanya...

aku menulis kerana aku tidak ada alasan untuk tidak menulis!

Durrah, baik kau berhenti sekarang!

belum, aku mahu biarkan lagi aksara ini melayang. Biar aku puaskan hati jika esok aku mati.

Tulisan. Ia sama seperti percakapan. Tidak semua orang petah bicara. Kita punya potensi berbeza. Cara meluah yang tidak sama. Harus bagaimana untuk aku katakan lagi? aku menulis tidak semestinya aku menulis tentang 'aku'.

arghhhhhhhhhhhh... mengapa sampai begini kisahnya!

Biarlah!

Percayalah! hahaha. sebenarnya semua yang aku tulis itulah aku. tulisan di sini adalah cermin aku sebenarnya. baik, buruk aku. rajin malas aku. nakal sengal aku. aku catat. aku terbitkan!

yang baik, jadikan teladan.
yang buruk, tegurkan.

aku manusia kerdil!
yang selalu gagal namun tidak akan berhenti bangkit walau bangkit daripada kegagalan itu hanya difahami oleh orang yang pernah gagal. Ya, aku manusia yang berkali gagal dan jatuh dalam lubang yang sama. tetapi aku tetap akan keluar daripada lubang itu walaupun merangkak. Keluar daripada lubang lebih payah daripada jatuh.

Allah, malam ini aku sedar harga 'KEGAGALAN'!
Terima kasih Allah.
terasa manis dan tidak semua orang yang merasa.

:)

*kesat mata yang secara tiba-tiba ada habuk masuk*

Sekian terima kasih!


Comments

Nur Suhada said…
Kak, kata Lord Efebry - "Orang yang 'gagal' sekali-kali tidak akan rugi, selagi dia belum berputus asa."

Kegagalan merupakan asas kemenangan.

Salam sayang,
Sue. :)
Nur Suhada ✿,

benar. orang yang berjaya ada kisah kegagalannya juga. :)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك