cinta atau sebab mesti buat! |
Tahun-tahun mula aku di bidang penulisan, semuanya masih panas. Zaman itu belum ada blog, dan aku berani tonjolkan tulisan aku. Makin tahun nampaknya aktiviti itu makin mengendur hingga 2011 berakhir dengan hanya satu sajak di Varsiti. Aku tahu, bukan kuantiti yang perlu diperkata, tetapi sudah akhirnya karya yang ditulis tinggal berkarat dalam blog yang tidak berani diterbit dan sudah tidak boleh dihantar ke majalah, apa mahu buat.
2012.
aku menyimpan angan sama.
mahu kembali tembusi pasaran, akhirnya sekali aku hantar dan aku senyap.
usaha tahap ciput tidak usah berangan ada hasilnya.
Senang berangan, mahu realisasikan perlukan pengorbanan dan kesungguhan. (hm, perlu kamu aplikasi semangat itu dalam belajar) Boleh berjaga malam untuk menulis, tidak setengah jam buka buku nahu dan sorof, fikiran melayang.
CINTA.
cinta itu sebenarnya belum hinggap dan mekar dalam dirimu.
konon, katamu mencinta bahasa Arab.
ujar ustaz Bakir dalam kelas nahu,
"saya tengok keputusan kamu, ramai yang tidak suka bahasa arab!"
gulp! sebaris ayat. Aku terasa mahu sorokkan wajah bawah meja.
..tulisan sudah ke laut...
baiklah, entri sebelum 20 hari menjelang hari kelahiran aku, mari semat tekad siapkan projek 2012. :) kepada yang berkenaan, mari kita berusaha! Cik Ina Nailofar, segalanya tidak mustahil, kan?
Akan adakah manuskrip baru menampakkan wajah menjelang penghujung 2012?
"penulis harus sekurangnya 1 buku setahun,"
sekian terima kasih.
Ila husna, sila ambil endah.
Comments
Em, walau apa-apapun teruskan berusaha. Panaskan enjin kembali.
Saya juga berhajat untuk menerbitkan kumpulan cerpen.
ya. dan perlu keberanian.
tanpa keberanian mimpi tinggal mimpi