Skip to main content

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan]: 18 Muharam.

Girangnya berlari di barisan bunga tulip. Saya suka bunga tulip!


Terbenamnya mentari 17 Muharam beberapa hari mendatang genaplah usia saya 23 tahun mengikut kiraan tahun Islam. 23 tahun ialah sebuah perjalanan yang panjang walau hakikatnya sangat pendek dalam kiraan masa. Masa yang sangat pendek apabila digunakan dengan sebaiknya. :)

Saya jarang mengingat tarikh lahir sendiri dalam bulan Islam namun apabila hari ini saya tergerak hati untuk kembali mencari tarikh lahir saya dalam kiraan tahun hijri, saya tuliskan di sini supaya saya tidak lupa bahawa 20 Ogos 1989 bersamaan 18 Muharam 1410 atau mungkin berselang sehari atau dua hari.

Saya sudah tua.
Semakin tua.
Menuju tua.
Memang sudah tua.

Ada saudara saya meninggal dunia sebelum mencecah dua puluh tahun,
Ada anak buah saya meninggal belum mencecah setahun usianya.
Ada anak sepupu saya yang hanya beberapa jam melihat dunia.
Ada ibu saya yang berusia 47 tahun dan Allah menjemputnya...

Kematian itu rahsia Allah yang kita tidak tahu.
Mungkin ini entri terakhir saya sebelum kalian hanya dapat membaca tulisan yang saya pernah, tulis. Tidak siapa yang tahu.


Matahari datang bersama harapan baru dalam hidup.

Hemang kita katakan bahawa apabila senja melabuhkan tirai pasti esok mentari akan muncul kembali. tetapi saya harus ingat yang matahari itu mungkin bukan lagi untuk saya nikmati tetapi saya sudah di bawah bumi. Siapakah yang tahu?

Mati itu rahsia.
Mati mungkin datang secara tiba-tiba.
Mati datang mungkin setelah datang isyarat.

Di kesempatan yang ada, pada ruang dan peluang saya dapat menulis, saya memohon jutaan kemaafan kepada yang mengenali saya secara maya. Terima kasih pernah membaca tulisan saya dalam manuskrip bawah meja. terima kasih pernah meninggalkan pesan dan komen. Kalian penguat saya menempuh perjalanan walaupun kita hanya saling mengenal melalui tulisan yang menjadi perantara. Membaca tulisan saya yang kadang penuh emosi, ada ketika main campak sesuka hati dan ketika waras adalah isi dalam penulisannya. Terima kasih, kalian. :)


Sayang kalian kerana Allah.

Kepada yang setia menemani dan kekal dalam ingatan saya, sahabat-sahabat tersayang saya yang saya sebut nama mereka dalam hati... Terima kasih kerana menjadi sahabat dan teman yang sangat baik untuk saya. Teman yang tidak lupakan temannya ketika susah, ketika lapar, ketika dia kesempitan wang, ketika dia bersedih. :) Sentiasa ada teman yang menceriakan kembali. Sentiasa ada tangan yang terhulur supaya saya tidak rasa bersendiri. Terima kasih melayan saya dengan baik sekali walaupun saya tidak melayan kalian dengan baik. Saya tidak bertanya khabar kalian. Saya sering tidak ambil kisah dengan diri kalian... Kalian memang sahabat yang baik. Sangat baik. Alhamdulillah Allah berikan saya teman dan sahabat yang sangat baik.

Namun diri kita semua milik Allah...

Saya mahu menulis juga tentang ini. Al fatihah untuk arwah Ilham Ellani. Ya, saya tidak mengenalinya, hanya pernah tahu nama ini di blog tepian muara dan kemudian membaca kisahnya melalui tulisan teman-teman arwah yang ditulis setelah beliau meninggal dunia. Ia memang sebuah ibrah yang besar untuk diri. Saya lebih tua daripada dia.... Al fatihah sekali lagi untuk arwah Ilham Ellani dan semua saudara seagaama kita yang sudah meninggal dunia menemui Pencipta.. Allah, ampunkan mereka dan kita dan tempatkan mereka bersama kalangan orang beriman. Sesungguhnya kita bakal mengikut jejak mereka....

Baik. Sebenarnya, saya mahu berehat seketika daripada menulis manuskrip baru selepas ini bagi memberi tumpuan kepada sesuatu yang lebih penting. Doakanlah semuanya berjalan lancar dan berlaku dengan jayanya. Doa seorang saudara untuk saudaranya bukankah baik?  Yang akhir ini motif saya sebenarnya mahu menulis entri yang terlebih panjang ini. =D Saya maksudkan apa yang saya tulis. Saya mohon maaf dengan semua penulisan saya selama ini, dan saya doakan yang terbaik untuk semua. Buat kalian yang membaca. Amin, Ya Allah.

Semoga kita dipertemukan lagi dalam tulisan lain setelah saya bersedia untuk kembali menulis. =P (doakan) Keadaan sekarang yang kurang terkawal dengan cuaca yang tidak menentu dan kadang banjir kilat, hujan lebat yang turun tanpa amaran, ribut petir, tidak memungkinkan saya menulis di sini.

Wassalam.
Akhir kalam, saya sayang semua yang saya kenal. Semoga Allah meredhai kalian dan memberi kebahagiaan buat kalian di dunia dan Akhirat.

~Jamilah Mohd Norddin / Lu'luah Nur Jamilah / Ila Husna / Durrah Nur Aqilah / Ibtisam Husna / Imtiyaz Huda ... ~
10.12.2011 @ ITD IIUM

Comments

Anonymous said…
~Assalamualaikum~

Alhamdulillah, makin bertambah umur, makin bertambah juga amalan serta pengalaman kehidupan.

~sanah helwah & selamat hari lahir minni~ sahabat sejalan.

Wassalam.
jamilah said…
~sahabat sejalan,

Waalaikumussalam...

:) amin. amin. amin.

terima kasih atas doamu, sahabat.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub